Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
291) PUSAT PANDU BUANG SAMPAH MERU INDAH INDUSTRI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kompaun dan tangkapan dibuat kepada pesalah selepas notis penutupan?
-
Apakah halangan perobohan struktur binaan terbiar tersebut?
-
Adakah ada pelan alternatif mengkomersialkan pada struktur binaan yang di tinggal sejak 2008?
292) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah keadaan terkini bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
-
Nyatakan rancangan masa depan supaya bangunan ini dapat bersaing dengan bangunan komersial yang lain di Bukit Bintang
-
Berapakah kos yang terlibat untuk menaiktaraf bangunan ini?
293) PENURAPAN JALAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan keseluruhan bagi menurap jalan pada hujung tahun lalu?
-
Berapakah pula yang dikeluarkan oleh PBT?
-
Apakah dengan jumlah ini, dapat menyelesaikan masalah dan memuaskan hati rakyat?
294) PROGRAM INTENSIF GOLONGAN NELAYAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri menyediakan program intensif untuk meningkatkan pendapatan golongan nelayan di Selangor?
-
Senaraikan program bantuan yang telah dilaksanakan kepada golongan nelayan pada tahun 2014?
295) KERJAYA WANITA DAN ANAK MUDA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan anak muda dan wanita demi menggalakkan mereka menceburi kerjaya masing-masing?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan Pusat Gerakan Anak Muda di setiap DUN?
296) PENCEMARAN SUNGAI DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan sudah mengenal pasti punca pencemaran ini?
-
Bagi mengatasi masalah yang sama saban tahun apakah tindakan jangka panjang yang telah diambil?
-
Nyatakan tindakan tegas dari segi perundangan yang telah diambil dan apakah kerajaan menjamin gangguan ini tidak akan berlaku
297) KUMPULAN SEMESTA S/B (KSSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada KNS dari 2010-2014?
-
Sila senaraikan Nama Ð nama Ahli Lembaga Pengarah KSSB dari 2010-2014 dan gaji ,elaun serta kemudahan yang dinikmati?
298) PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA KHUSUSNYA DI KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah wujud satu pasukan yang terlatih untuk turun ke kampung-kampung untuk mendidik pengguna tentang hak dan hal ehwal pengguna?
-
Bagaimana kerajaan boleh membantu pengguna yang sentiasa terdedah dengan tipu helah peniaga?
299) PRESTASI KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan kumpulan hartanah dan anak syarikat pada tahun 2014?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Kumpulan Hartanah serta anak syarikatnya?
300) BANGUNAN TERBENGKALAI DI PERSIARAN BUKIT RAJA 2, BUKIT RAJA, MUKIM KAPAR SEJAK TAHUN 1998
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Bangunan di persiaran Bukit Raja 2, Bukit Raja, Mukim Kapar telah terbengkalai selama 17 tahun sejak tahun 1998 dan telah menjadikan tanda tempat yang sangat negatif kepada Klang yang merupakan Bandar Diraja. Apakah rancangan Kerajaan Negeri atas projek terbengkalai ini?