Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
301) PERUNTUKAN PEMADAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bilakah akan diluluskan?
-
Berapakah jumlahnya?
-
Bagaimanakah peruntukan tersebut disalurkan?
302) TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP PEGAWAI MBPJ
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan susulan MBPJ dan Kerajaan Selangor terhadap pegawai-pegawai Unit Perundangan MBPJ yang disyaki melanggar tatatertib dalam isu kontrak papan tanda iklan yang melibatkan Laguna deBay Sdn. Bhd?
-
Bilakah siasatan dan laporan Lembaga Disiplin MBPJ akan disiapkan?
303) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pihak pengurusan dan lembaga pengarah YAWAS dibawah kepimpinan kerajaan negeri yang baharu?
-
Apakah hasil kejayaan YAWAS selepas perlaksanaannya?
304) KENDERAAN BERAT PARKIR DI BAHU JALAN DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan parkir khas kenderaan berat bagi mengelakkan ia diletakkan di bahu jalan?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri kepada pemilik kenderaan berat tersebut?
305) PEMBANGUNAN PKNS SPORTS CITY DI KELANA JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah PKNS bercadang untuk membatalkan projek ini, demi memelihara kawasan hijau yang sangat terhad di Petaling Jaya?
-
Berapakah pampasan yang perlu dibayar kepada Melati Ehsan Holding Bhd jika projek ini dibatalkan?
306) LIMPAHAN KONKRIT DI ATAS JALAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan Kerajaan untuk menangani masalah jalan rosak yang disebabkan oleh konkrit yang terlimpah dari lori pembancuh konkrit
-
Nyatakan garis panduan pembinaan loji pembancuh konkrit di dalam negeri Selangor bagi mengelakkan permasalahan yang sering timbul
307) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah benar lot-lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa masih tidak dibangunkan walaupun habis dijual?
-
Adakah benar berpuluh-puluh lot industri di kawasan tersebut telah dijual kepada sebuah syarikat pada awal tahun 2014? Jika benar, nyatakan harga jualan dan butir-butir lain
308) JOM SHOPPING UNTUK ANAK SELANGOR DI KL
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan Program Jom Shopping untuk warga Selangor yang bermastautin di KL (dengan syarat seperti Skim Mesra Usia Emas)?
-
Bagaimanakah status terkini kelulusan cadangan tersebut?
309) PENJENAMAAN SEMULA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos yang terlibat yang menjenama semula MDSB (logo dan cogankata)?
-
Apakah justifikasi kepada penjenamaan ini?
310) PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN UNTUK TUJUAN BANGUNAN TAPAK TADIKA TAMAN KANAK-KANAK AIK KUAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah status atau keputusan permohonan pelupusan secara pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah Seksyen 76 kanun Tanah Negara di kawasan Taman Seri Jarom Mukim bandar Jenjarom untuk tujuan bangunan tapak Tadika Taman Kanak-kanak Aik Kuan?