Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
61) JAWATANKUASA TEKNIK OKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Senaraikan PBT yang telah menubuhkan Jawatankuasa Teknik OKU
-
Apakah perubahan yang telah berlaku dalam memudahkan OKU sejak penubuhan jawatankuasa ini
-
Selain daripada MBPJ, adakah konsep "Van Transit OKU" secara percuma akan dilaksanakan oleh setiap PBT?
62) PTRS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah pencapaian terbaik pelajar PTRS dalam keputusan SPM 2014?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prestasi tenaga pengajar PTRS?
63) HAIWAN LIAR DI IJOK : MASALAH HAIWAN LIAR SEPERTI ANJING DAN MONYET MASIH TIDAK TERKAWAL
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan atau langkah-langkah oleh Jabatan berkenaan untuk mengawal dan mengatasi masalah ini?
64) PERUNTUKAN KEPADA AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang diberikan kepada setiap Ahli Majlis pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Senaraikan kegunaan peruntukan yang diberikan kepada Ahli Majlis tersebut?
65) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan Pusat Dialisis Rakyat (PDR) Kerajaan Negeri dengan tarikh mula beroperasi dan jumlah pesakit
-
Adakah Kerajaan Negeri masih berhasrat mewujudkan PDR di setiap kawasan Dewan Negeri Selangor? Jika ya, nyatakan PDR yang akan wujud pada tahun 2015
66) MENGURUSKAN RM600 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI TAHUN 2015
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme yang akan diwujudkan oleh kerajaan jika mahu menggunakan seluruh RM600 juta bagi 2015?
-
Apakah tahap keupayaan, keberkesanan dan kecekapan yang dimiliki oleh agensiagensi pelaksana masa ini?
-
Apakah langkah yang akan diambil untuk menjamin pencapaian hasil pada tahap 100%?
67) PEMBANGUNAN BANDARAYA SHAH ALAM KIAN PESAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pengangkutan darat di Bandar Shah Alam?
-
Apakah usaha pengangkutan untuk menghubungkan pusat-pusat komersial di MBSA?
68) MENAIKTARAF PUSAT PELANCONGAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Senaraikan projek menaiktaraf pusat pelancongan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?
-
Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk menaiktaraf pusat pelancongan di Selangor pada tahun 2015?
69) PELABURAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan penarikan pelabur asing Negeri Selangor pada tahun 2015?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang rancangan menetapkan setiap Daerah menjalankan Expo Untuk Pelabur Asing?
-
Apakah insentif untuk menarik pelabur asing yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri?
70) KELULUSAN PERUNTUKAN BELIA PEBT DI BAWAH MAJLIS SUKAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah diperuntukkan setahun bagi setiap zon?
-
Bagaimanakah baki peruntukan zon yang tak dituntut dibelanjakan?
-
Adakah dibolehkan pemegang amanah kewangan merancang program tanpa penglibatan awal ketua-ketua zon lain dalam PBT tersebut?