Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
141) PEMBANGUNAN SKUAD PELAPIS SUKAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah Inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membangunkan skuad pelapis bagi semua jenis sukan?
-
Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan sukan pada tahun 2015?
142) PEMBANGUNAN DAN PEMULIHARAAN KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini untuk projek pemuliharaan dan pembangunan kampung atau desa?
-
Siapakah yang bertanggungjawab dalam melaksanakan projek tersebut?
-
Berapa lamakah tempoh perlaksanaan projek tersebut?
143) KECERIAAN KUBUR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status keceriaan pengkuburan Islam di Negeri Selangor?
144) PELAN TINDAKAN MENJADIKAN PULAU KETAM SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KELUARGA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan pelan tindakan pelan tindakan untuk menjadikan Pulau Ketam sebagai destinasi unik pelancongan keluarga yang nostalgik
-
Bila dan bagaimana ia boleh dijayakan?
145) MAMOGRAM SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah program ini masih diteruskan dan jika ya, siapakah badan pelaksana kepada program ini?
-
Sila nyatakan berapa ramaikah wanita yang telah menyertai program ini dari Sept 2014 - Mac 2015?
-
Berapakah jumlah wanita yang disasarkan untuk menyertai program ini secara tahunan?
146) PADANG GOLF MILIKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan padang golf yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan operasi padang-padang golf tersebut sejak 2008.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan padang golf sebagai satu tarikan pelancongan Selangor seperti Bukit Jambul CountryClub di Pulau Pinang? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
147) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan negeri bercadang melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Selangor?
-
Bagaimanakah pelaksanaannya bagi PBT yang mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang?
148) PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengekang kebanjiran PATI di Selangor?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi membendung pemilikan premis perniagaan oleh warga asing di Selangor?
149) MENTERI BESAR INCOPRATED
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Siapakah yang memegang kuasa eksekutif dan kewangan MBI?
-
Nyatakan struktur dan senaraikan perjawatan serta tugas setiap kakitangan dalam MBI di bawah kepimpinan kerajaan negeri baharu?
-
Nyatakan jumlah gaji, elaun atau yuran setiap perjawatan dalam MBI?
150) KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila Senaraikan penjualan aset KDEB dan subsidiarinya 2008-2014: tarikh penjualan, pembeli, harga, tender terbuka/penjualan terus dan butiran-butiran lain
-
Sila senaraikan semua projek usahasama KDEB dan subsidiarinya dengan syarikat swasta