Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
171) SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kos yang diperuntukkan untuk menyelenggara sistem perparitan di Selangor pada tahun 2012-2014?
-
Apakah jaminan kerajaan Selangor bahawa sistem perparitan sedia ada mampu menyelesaikan masalah banjir?
172) BANTUAN BENCANA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk Tabung Bencana?
-
Apakah jenis bencana yang layak mendapat bantuan daripada Tabung Bencana? Apakah jenis bantuan yang diberikan dan jumlah bantuan kewangan yang ditetapkan untuk sesuatu kerosakan yang dialami?
173) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan apakah perkembangan dan pencapaian terkini Rumah Selangorku?
-
Sila kemukakan butiran mengenai jumlah dan peratus senarai pemohon yang berjaya mendapat tawaran Rumah Selangorku?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan langkah proaktif yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memastikan pemohon mendapat pinjaman?
174) PENGURUSAN RIZAB WANG DISATUKAN KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan dalam pengurusan penjimatan dan penggunaan wang disatukan?
-
Apakah penjimatan akan dijadikan instrumen untuk mengelakkan Kerajaan terjebak ke dalam belanjawan defisit?
-
Adakah Kerajaan merancang strategi belanjawan tahunan dengan nisbah 60%(pembangunan):40%(pengurusan)?
175) LEBUHRAYA DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lebuhraya-lebuhraya baharu yang dicadangkan dan diluluskan pembinaannya di Selangor dari tahun 2010-2015?
-
Apakah faktor-faktor pertimbangan Kerajaan Negeri untuk meluluskan pembinaan lebuhraya ini?
176) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran,perancangan yang ditetapkan dan peruntukan yang diberikan untuk Jawatankuasa Bandar Selamat di setiap PBT bagi tahun 2013-2018.
-
Senaraikan kos dan lokasi pemasangan CCTV dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang serta pihak mana yang bertanggungjawab memantau CCTV tersebut
177) STATUS TERKINI TENTANG MASALAH PEMINDAHAN PENGHUNI-PENGHUNI DI JALAN PAPAN DAN JALAN BUKIT KERAYONG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Pemaju telah melalui suratnya kepada MPK bertarikh 1 Mac 2015 menolak senarai 181 penama penghuni Jalan Papan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri sebagai wajar menerima tawaran, maka mengakibatkan perkara ini tersangkut. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi keadaan 'deadlock' ini?
178) TARGET KERAJAAN DALAM BIDANG SUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan hanya menumpu daripada segi peruntukan kewangan dan perhatian kepada sukan sedia ada atau ada yang lain?
-
Bagaimana perancangan kerajaan tentang sukan bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik di kalangan rakyat?
179) PERJANJIAN MOU AIR ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini berhubung isu-isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 60 hari setelah perjanjian MOU air ini dimuktamadkan?
-
Apakah jaminan kerajaan negeri bagi mempastikan perkara ini dapat diselesaikan tanpa ada sebarang masalah berbangkit dikemudian hari?
180) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Janji Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah sampah belum dapat dikotakan. Apakah usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah ini?