Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

261) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah nilai aset MBI dan anak-anak syarikat? Sila senaraikan.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh MBI dan anak-anak syarikat? Sila senaraikan.

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan tarikh audit terbaru akaun MBI dan anak-anak syarikat.

    Klik jawapan »

262) NELAYAN SUNGAI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah nelayan sungai yang berdaftar di Selangor mengikut daerah?

    Klik jawapan »

  2. Apakah elaun dan faedah yang diterima oleh mereka dari kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

263) PEMBATALAN WARTA COOLIE LINE DI BUKIT DARAH, KG. MERBAU SEMPAK, MUKIM SUNGAI BULOH 1, DAERAH PETALING

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk membatalkan warta coolie line di Bukit Darah, Merbau Sempak?

    Klik jawapan »

264) MASALAH PENDATANG ASING

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah dan akan mengambil langkah-langkah tegas bagi mengawal pertambahan pendatang asing terutama dari Vietnam, Myanmar, Africa dan Indonesia, contoh seperti di Alam Jaya, Cheras yang telah menimbulkan pelbagai masalah sosial dan gangguan kepada masyarakat tempatan.

    Klik jawapan »

  2. Mohon penjelasan?

    Klik jawapan »

265) PEMASANGAN SISTEM PEMBETUNGAN BARU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan tahap pemulihan jalanraya yang dikorek untuk pemasangan sistem pembetungan baru di Petaling Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah supaya penduduk Petaling Jaya tidak menderita dengan keadaan jalanraya yang teruk sehingga projek habis pada 2018?

    Klik jawapan »

266) BANTUAN PENDIDIKAN DAN SEKOLAH BINA INSAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut


  1. Mohon berikan perincian sekolah-sekolah agama persendirian dalam negeri Selangor yang mendapat bantuan Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengambil alih pentadbiran dan pengurusan Sekolah Bina Insan yang terletak di KUIS?

    Klik jawapan »

267) TARIF AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut


  1. Apakah faktor-faktor yang menentukan tarif air di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menaikkan tarif selepas penstrukturan industri air?

    Klik jawapan »

  3. Apakah jaminan kadar tarif mampu ditanggung oleh rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

268) USAHA TANI

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut


  1. dakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan usaha tani di bandar dan apakah tanaman yang dikenalpasti sebagai berpotensi?

    Klik jawapan »

269) GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan loji-loji negeri Selangor yang telah dilaporkan mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh September 2014 hingga Jun 2015.

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca-punca gangguan bekalan air masih kerap berlaku di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air?

    Klik jawapan »

270) PEMASANGAN PENCAWANG ELEKTRIK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengemukakan laporan penilaian sosial impak dan keputusan uji tanah (Òsoil testÓ) berkenaan cadangan pemasangan pencawang elektrik Zon 24, MPAJ kepada orang awam?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah pemasangan pencawang elektrik bawah tanah tidak dapat dilaksanakan?