Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
331) KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah melakukan kajian berkenaan tahap kesesakan lalu lintas di seluruh bandar-bandar di Selangor?
-
Nyatakan hasil dapatan dari kajian tersebut jika ia dilakukan?
332) JAMBATAN RUNTUH SCIENCE PARK2
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini proses baikpulih jambatan ini?
-
Bilakah dijangka jambatan ini akan dapat digunakan semula dan berapakah kos keseluruhan proses baikpulih ini?
333) KEROSAKAN JALAN SUNGAI LALANG AKIBAT LORI-LORI BERAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kerosakan jalan semakin teruk disebabkan lori-lori berat ke kawasan kilang dan industri. Bagaimana kerajaan mengatasi masalah ini?
-
Memohon kerja-kerja baik pulih jalan dipantau sewajarnya kerana tidak lama selepas baik-pulih jalan berlubang atau rosak semula
334) GURU KAFA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan kajian tentang syarat-syarat utama kenaikan elaun Guru KAFA?
-
Bilakah perlaksanaan kenaikan elaun KAFA?
335) PORTAL DEWAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses kemaskini jawapan soalan-soalan di dalam portal?
-
Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengemaskini jawapan tersebut?
336) PUSAT PERJUDIAN HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terbaru pusat perjudian haram di Negeri Selangor
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan PBT untuk membenteras perkara ini?
-
Bilakah enakmen baru yang bertujuan untuk tambah baik penguatkuasaan premis judi haram dan hiburan akan dikuatkuasakan?
337) BALAI RAYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bajet untuk membaiki balai raya yang tidak terurus?
-
Mengapakah banyak balai raya tidak diselenggara dengan baik oleh JKKK?