Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
41) PERLAKSANAAN GST OLEH KERAJAAN PUSAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan GST kepada Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Senaraikan jumlah bayaran GST yang dikehendaki dibayar oleh PBT. Senaraikan bayaran mengikut PBT Negeri Selangor
42) RUMAH IBADAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis paduan perancangan berkenaan pembinaan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam?
-
Mengapakah garis paduan berkenaan tidak dijadikan syarat-syarat dalam setiap Kebenaran Merancang yang diberikan oleh PBT?
43) KEWANGAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Rizab negeri Selangor sehingga Jun 2015?
-
Apakah bentuk perancangan kerajaan bagi memanfaatkan sebahagian rizab ini terutama bagi keselesaan dan manfaat rakyat Selangor?
44) TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status Tribunal Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang telah diumumkan berkuat kuasa di Selangor pada 1 Jun 2015 lalu?
-
Sila nyatakan cadangan komposisi anggota Tribunal Pengurusan Strata tersebut untuk PBT di Negeri Selangor
45) PERUNTUKAN LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA (MIDA)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dan bentuk bantuan yang disalurkan kepada Negeri Selangor bagi tahun 2007-2015.
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik lebih banyak pelaburan?
-
Senaraikan jumlah dan jenis peruntukan yang disalurkan oleh MIDA Selangor kepada Majlis Perbandaran Selayang bagi tahun 2013-2015
46) PROGRAM HIJRAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan perkembangan terkini dan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap Program tersebut?
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai jumlah pemohonan mengikut pecahan kaum dan Kawasan Dun?
-
Sila senaraikan secara detail peratus kutipan bayaran balik oleh peserta Program Hijrah?
47) MANIFESTO PILIHANRAYA KE 13, MELANCARKAN BIASISWA MENTERI BESAR UNTUK IJAZAH LANJUTAN DENGAN BON KERAJAAN NEGERI BAGI MEMBANGUNKAN ‘SELANGOR BRAIN BANK’
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah pelajar yang telah mendapat manfaat daripada program ini?
-
Apakah rancangan jangka panjang pihak kerajaan untuk penggunaan sumber "Selangor Brain Bank" dalam pembangunan negeri?
-
Apakah kerajaan telah mengenalpasti sektor-sektor yang boleh dimanfaatkan oleh "Selangor Brain Bank" ini?
48) PENGURUSAN AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan PASSB untuk memastikan bekalan air mencukupi?
-
Apakah faedah yang diperolehi oleh rakyat Selangor di bawah pengurusan PASSB?
49) PEMBANGUNAN MASYARAKAT INDIA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah program pembangunan masyarakat India yang dilaksanakan sepanjang 2014 & 2015 selain pekerja ladang?
-
Nyatakan kumpulan sasaran dan pencapaiannya?
50) PROJEK PJ ELEVATED CITY (DATUM-IN-CITY PJ)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dan peratusan lengkap projek ini setakat sekarang?
-
Apakah jangkaan pulangan yang dijangka dapat diperolehi oleh PKNS melalui projek pembangunan ini?
-
Adakah terdapat cadangan untuk membina rumah Selangorku di kawasan ini?