Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
1) BAIKPULIH DAN NAIKTARAF KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Adakah jumlah RM20,000 untuk baikpulih kemudahan sukan di setiap DUN sahaja yang diluluskan dalam Belanjawan 2015? Bagaimana jika kos melebihi RM20,000?
-
Bagaimana padang-padang bola yang perlu dinaiktaraf dapat dilaksanakan serta kos penyelenggaraan?
2) JOM SHOPPING RAYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratuskah menerima Jom Shopping Raya yang mengundi di Selangor dalam tempoh 2013 Ð 2015?
-
Adakah Kerajaan Negeri mengkaji keberkesanan Program Jom Shopping Raya kepada pengundi-pengundi setempat?
3) PELABURAN DI KAWASAN RAWANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah dan jenis pelaburan di kawasan Rawang untuk tahun 2008- 2013.
-
Senaraikan jumlah pelaburan tempatan dan pelaburan asing mengikut sektor di kawasan Rawang untuk tahun 2008-2015
-
Apakah strategi dan jenis insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan di Negeri Selangor?
4) PEMBANGUNAN WANITA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan program yang telah dijalankan untuk golongan Wanita dalam tahun 2015.
-
Sila kemukakan maklumat lengkap ibu tunggal di DUN Teratai sehingga tahun 2015.
-
Sila kemukakan senarai lengkap bangunan Kerajaan Negeri yang dilengkapi dengan bilik asuhan dan yang tidak dilengkapi dengan bilik asuhan.
5) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah keluasan, kemudahan dan kos sebuah rumah tersebut?
-
Adakah boleh dipertimbangkan pakej tambahan bilik mengikut tanggungan ahli keluarga pemohon?
-
Berapakah diperuntukkan setiap tahun mengikut daerah?
6) PERUNTUKAN TEMPAT IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada tempat ibadat selain Islam dari tahun 2013 hingga 2014 mengikut jenis agama masing-masing
7) KELULUSAN PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN BAGI DUN PAYA JARAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah kelulusan program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin bagi Dun Paya Jaras semenjak 2008?
8) SEKTOR PERKHIDMATAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Menurut Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2013, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang ekonomi terbesar di Selangor iaitu meliputi 58.8%. Apakah rancangan kerajaan negeri dalam memberi fokus untuk menambahbaik sistem perkhidmatan di Selangor?
-
Apakah prestasi sektor perkhidmatan pada tahun 2014?
-
Apakah status dan pencapaian projek Halal Hub?
9) TENDER PROJEK PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT TAHUN 2013 HINGGA SEKARANG BULAN JULAI 2015
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan nama syarikat yang berjaya memperolehi tender projek PTD Kuala Langat dari Tahun 2014 hingga bulan Julai 2015
-
Sila asingkan mengikut DUN Sijangkang, Telok Datok, Morib dan Tanjong Sepat
-
Sila nyatakan jumlah kos berjaya memperolehi tender
10) EKSPEDISI DAN ROMBONGAN PELABURAN KERAJAAN SELANGOR DI LUAR SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan menyenaraikan semua perbelanjaan, kos serta pegawai-pegawai kerajaan yang turut bersama dalam semua ekspedisi dan rombongan pelaburan kerajaan Selangor yang diadakan di luar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2015 sehingga sekarang