Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
11) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan keluasan pembangunan tanah mengikut kategori jenis pembangunan di setiap daerah dalam negeri Selangor?
12) SAMPAH KEBUN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah berat terkumpul setiap hari sampah-sampah kebun yang dibuang oleh Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya?
13) PENGURUSAN PELUPUSAN SAMPAH DI BAWAH JABATAN DI PBT SECARA LANGSUNG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan merancang untuk membangunkan semula jabatan di setiap PBT untuk mengendalikan sendiri kerja-kerja pelupusan sampah?
-
Apakah implikasi kewangan dan pengurusan sumber tenaga manusia jika perkara ini dilaksanakan?
-
Adakah semua PBT boleh mempunyai keupayaan dan adakah ianya satu langkah yang cost-effective?
14) PERUNTUKAN BAIKPULIH SEKOLAH JAIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan baikpulih bagi setiap SRA di daerah Klang daripada 2008 hingga sekarang
-
Purata berapa peratus daripada seluru peruntukan sekolah untuk tujuan baikpulih setahun?
-
Berapakah peruntukan baikpulih SRA setiap tahun sejak 2008-2015?
15) BANGLO SULTAN SULAIMAN, FRASER’S HILL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan butir-butir tentang kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan yang akan dilaksanakan atas Banglo Sultan Sulaiman memandangkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta telah diluluskan atas tujuan tersebut
-
Apakah syarat-syarat untuk memberi kelulusan kepada orang awam untuk menyewa Banglo tersebut memandangkan pada hakikatnya, orang awam kini dibenarkan membuat tempahan Banglo tersebut terus melalui e-tempahan tanpa diperlukan mendapat kebenaran sesiapapun yang mana tidak sepatutnya berlaku kerana Banglo tersebut seharusnya hanya disewa kepada kakitangan Kerajaan Negeri secara esklusif
16) MASALAH KEBERSIHAN DAN SAMPAH DI KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Masalah kebersihan dan sampah di Klang masih tidak diselesaikan. Sebaliknya, ianya telah menjadi semakin teruk yang sentiasa dilaporkan dalam suratkhabar. Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa tidak mampu melantik kontraktor yang dapat bekerja mengikut jadual kontrak dan pegawai pemantau MPK juga sentiasa gagal memastikan kontraktor bekerja mengikut jadual, seolah-olahnya tidak wujud. Kerajaan Negeri sentiasa dalam keadaan penafian tentang isu pembersihan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah serius ini?
17) SUMBANGAN CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan butiran jumlah sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) dan penerima-penerima untuk setiap badan berkanun dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.
18) AHLI LEMBAGA PENGARAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan ahli lembaga pengarah bagi setiap syarikat milik kerajaan/agensi/perbadanan di Negeri Selangor, termasuk anak-anak syarikatnya
-
Adakah ahli lembaga pengarah penjawat awam menyimpan elaun pengarah atau dipulangkan kepada Kerajaan?
-
Adakah ahli lembaga pengarah MMKN menyimpan elaun pengarah atau dipulangkan kepada Kerajaan?
19) CAJ GST DI PBT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menanggung caj GST bagi cukai-cukai pintu di PBT-PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah.
20) PENGLIBATAN BELIA DALAM PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik yang menunjukkan penglibatan golongan belia dalam pemodenan pertanian di Selangor?
-
Apakah bentuk pertanian yang banyak diceburi oleh golongan belia?