Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
241) PROSEDUR PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah bilangan projek usahasama antara MBI dengan pihak yang lain serta prosedur kelulusan projek berkenaan
-
Sila kemukakan senarai maklumat lengkap projek usahasama MBI yang melibatkan tanah pemberimilikan oleh Kerajaan Negeri.
242) STATUS PREMIS PERNIAGAAN BESI BURUK DAN LUSUH TANPA KEBENARAN DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa kalikah notis dikeluarkan kepada pemilik juga kehadiran dalam perjumpaan pada bulan Mac 2015? Senaraikan.
-
Apakah ada keputusan ditetapkan dan tempoh diberikan untuk pindah?
-
Bagaimanakah pihak MPK membantu dalam mengenalpasti lokasi baru sesuai kepada pemilik?
243) PERMOHONAN GERAN UNTUK TANAH KERAJAAN BERSEBELAHAN PENJARA SUNGAI BULOH, KAMPUNG BATU 20, JALAN KUALA SELANGOR, MUKIM RAWANG 2, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini permohonan En. Kathiraran A/L Ramachandran (690626-10- 5885) berserta enam (6) pemohon yang telah 50 tahun menduduki kawasan tersebut?
-
Apakah pendirian kerajaan terhadap permohonan mereka yang telah memohon sebelum Kompleks Penjara Sungai Buloh dibina?
244) KEBAKARAN HUTAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah catatan kebakaran hutan yang berlaku pada tahun 2014 hingga Jun 2015 mengikut susunan daerah?
-
Apakah cara penyelesaian jangka pendek dan panjang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meleraikan isu jerebu hasil pembakaran hutan?
245) INFRASTRUKTUR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan penyelenggaraan jalan di Daerah Sabak Bernam tahun 2015?
-
Sila nyatakan bilakah jalan Taliair 5 Sekinchan akan dinaiktarafkan?
-
Sila nyatakan bilakah Jalan Cross Ban 2 Parit 9 akan diperbaiki?
246) HUFFAZ AL-QURAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah serta kategori atau kelas (jika ada) di kalangan para huffaz AlQuran di Selangor?
-
Nyatakan lima bidang kerjaya paling utama yang diceburi oleh huffaz Al-Quran di seluruh Selangor.
-
Apakah bantuan atau insentif-insentif yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka?
247) JAMBATAN KE 3 KLANG
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Jambatan Ke 3 Klang sebagai salah satu daripada produk pelancong negeri?
-
Apakah perancangan ke arah itu?
248) LAMPU JALAN PBT DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kos penyelenggaraan dan kes kecurian lampu jalan pada tahun 2013 dan 2014 dan anggaran 2015 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah lampu jalan LED dan solar yang telah dipasang di setiap PBT.
-
Status terkini 50 tiang lampu LED untuk setiap DUN yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri
249) TANAH BADAN-BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua plot tanah dengan lokasi dan keluasan yang dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) serta setiap anak syarikatnya.
-
Sila senaraikan semua plot tanah dengan lokasi dan keluasan yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta anak-anak syarikatnya.
250) WIFI PERCUMA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapa lokasi WiFi hotspot yang telah dipasang oleh Kerajaan Negeri setakat ini?
-
Adakah kita mampu sampai ke sasaran 2500 hotspot sepertimana yang digariskan di dalam ucapan belanjawan 2015?
-
Berapa kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk memberi WiFi percuma ini?