Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
221) GERAN MARRIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan MARRIS untuk baik pulih sistem saliran longkang bagi pencegahan banjir dan denggi.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyalurkan sebahagian peruntukan MARRIS secara "outright grant" supaya agensi pelaksana boleh bertindak cepat terhadap aduan yang diterima?
222) PENGAMBILALIHAN PENGURUSAN AIR SELANGOR OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan manfaat yang diperolehi oleh rakyat Selangor berikutan pengambilalihan pengurusan air Selangor oleh kerajaan negeri daripada syarikat-syarikat konsesi sebelum ini. Adakah jaminan bahawa tarif air tidak akan meningkat.
223) INDUSTRI PELANCONGAN KETIKA RINGGIT JATUH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana prestasi Industri Pelancongan dalam tempoh matawang Ringgit Malaysia menurun?
-
Bagaimana permintaan terhadap sektor pelancongan kesihatan di Selangor? Apakah rancangan jangka panjang bagi meningkatkan pelancongan sektor ini?
224) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan Rumah SelangorKu dari kalangan belia yang diluluskan pada tahun 2014-2015?
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melonggarkan syarat permohonan bagi golongan belia berpendapatan rendah?
225) JALAN BARAT, PETALING JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan penukaran nama Jalan Barat di Petaling Jaya kepada Jalan V. David?
-
Apakah langkah-langkah yang perlu dilalui untuk satu cadangan penukaran nama jalan seperti ini?
226) KEJATUHAN NILAI RINGGIT MALAYSIA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan terhadap pelaburan luar yang masuk ke Selangor?
-
Apakah langkah bagi memastikan Selangor tetap menjadi pilihan kepada pelabur-pelabur untuk masa akan datang.
227) HUMAN TRAFFICKING DAN PATI
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam menangani masalah 'human trafficking'?
-
Sila nyatakan jumlah pekerja asing berpermit dan tanpa izin mengikut sektor pekerjaan di negeri Selangor
-
Apakah program pelindungan atau kebajikan yang diadakan untuk pekerja asing dan pendatang asing bawah UNHCR?
228) KENCING TIKUS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik kes bawaan virus leptospirosis berpunca dari kencing tikus di Selangor mengikut PBT 2013-2015?
-
Nyatakan program pembasmian dan langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak ini?
229) CARUMAN PARIT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kutipan caruman parit dan perbelanjaannya mengikut daerah.
230) PERPADUAN RAKYAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah perpaduan di kalangan rakyat dalam negeri ini?
-
Adakah terdapat program-program yang boleh menyemai perpaduan di kalangan rakyat?
-
Apakah kerajaan berpuas hati tahap perpaduan di kalangan rakyat negeri ini?