Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
271) PENGGUNA PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan operasi pusat ini pada tahun 2013-2015?
-
Berapakah jumlah pesakit yang telah menerima rawatan di PDR ini dari 2013- 2015?
272) KURSUS UNTUK WAKIL RAKYAT, AHLI MAJLIS DAN AHLI-AHLI JKP
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.
-
Apakah program/ kursus yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis / JKP dalam tempoh 2008 hingga 2015?
273) LEBUHRAYA SUKE
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rezab hutan simpanan yang terpaksa dilepaskan dan berapakah keuntungan yang diterima oleh kerajaan negeri dan rakyat Selangor
-
Berapakah jumlah pampasan yang diluluskan bagi pengambilalihan tanah dan pihak manakah yang mendapat pampasan tertinggi
274) PEJABAT INTEGRITI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Pejabat Integriti Selangor?
-
Apakah peranan Pegawai Pejabat Hisbah (Ombudsman)?
-
Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.
275) HOSPITAL BANTING DAN KLINIK BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan membina Bangunan baru untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Banting memandangkan ruang menunggu sedia ada sempit Dan Tidak selesa?
-
Apakah status Pembinaan klinik kerajaan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom? Sila nyatakan lokasi Dan keluasan tapak.
276) MEMBAIKPULIH GELANGGANG FUTSAL DAN GELANGGANG TAKRAW KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat peruntukan untuk membaik pulih gelanggang futsal di Kampung Melayu?
-
Adakah gelanggang sedia ada boleh dinaiktarafkan menjadi gelanggang sukan serba guna?
277) JALAN RAYA DI PUSAT BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan pemantauan terhadap keadaan jalan raya di pusat bandar di Selangor?
-
Apakah SOP bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang di Pusat Bandar?
278) AKAUN AMANAH DISATUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci kedudukan terkini akaun tersebut?
-
Sila nyatakan apakah prasyarat yang dikenakan bagi penggunaan dana akaun tersebut?
-
Sila nyatakan apakah strategi dan pelaburan yang dilakukan bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan akaun tersebut?
279) STATISTIK KECURIAN DAN KEJADIAN PECAH RUMAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Berapakah statistik kecurian dan kejadian pecah rumah di Negeri Selangor?
-
Adakah terdapat aktiviti pecah rumah yang dilakukan oleh pelajar Sekolah?
280) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi, tarikh dan tempoh gangguan bekalan air di Selangor pada tahun 2015?
-
Apakah faktor berlakunya gangguan bekalan air ini?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri menjawab rungutan rakyat berkenaan gangguan ini?