Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

301) PELAN PRAKTIKAL KERAJAAN MEMBANTU KELOMPOK PINGGIRAN BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kelompok rakyat pinggiran bandar diberi bantuan secara praktikal oleh kerajaan negeri supaya mampu memperolehi sumber makanan yang cukup dan berkhasiat?

  2. Bersediakah kerajaan negeri menyediakan pakej tanaman sayuran untuk kegunaan sendiri bagi golongan terpilih seperti suri rumah dan OKU ?

302) PJ SENTRAL DEVELOPMENT SDN BHD

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini berhubung dengan usahasama PKNS didalam projek pembangunan PJ Sentral?

  2. Sila nyatakan jumlah keuntungan/kerugian dialami PKNS di dalam usahasama ini?

  3. Soalan ini telah ditolak dalam Mesyuarat Mengkaji Soalan Dewan pada 13 Oktober 2015.

303) PEMBERSIHAN SUNGAI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membersihkan longgokan sampah sarap di Sungai Negeri Selangor ?

  2. Adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk berbuat demikian?

  3. Selain daripada LUAS, jabatan manakah yang terlibat secara langsung bagi tujuan pembersihan Sungai?

304) PENGUSAHA & PEKERJA KEDAI MAKAN WARGA ASING DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah kebersihan penyediaan, tempat dan kesihatan pekerja mematuhi syarat-syarat?

  2. Berapakah bilangan dan lokasi mengikut siasatan dan bancian MPK? Senaraikan bersama lokasi.

  3. bagi tahun 2015, berapa kali operasi dan kompaun dikeluarkan? senaraikan premis tersebut.

305) BELANJAWAN NEGERI 2015

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri telah melaksanakan keseluruhan perancangan yang diumumkan dalam belanjawan negeri 2015?

  2. Nyatakan secara peruntukan yang telah dibelanjakan dan belum dibelanjakan?

306) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan semua rizab PBT di Negeri Selangor dari 2013-2015?

  2. Sila senaraikan PBT yang mengalami belanjawan defisit dari 2013-2015?

  3. Sila gariskan apakah perancangan terperinci bagi memastikan hasil pendapatan PBT terus bertambah dan rizab semakin kukuh?

307) JENAYAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak wujudnya "gangsterism" di Pelabuhan Kelang, sejauh mana benar dakwaan ini

  2. Jika ada, apakah langkah yang sepatutnya atau kerjasama dengan pihak keselamatan seperti polis telah dijalankan bagi membanteras kegiatan ini

308) PLAN PERSEDIAAN BENCANA ALAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan persediaan Kerajaan negeri bagi menghadapi bencana alam seperti banjir atau kemarau?

  2. Mohon menyatakan SOP bencana alam yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri

  3. Bagaimanakah keupayaan (kesiapsiagaan) agensi-agensi yang terlibat sebaik sahaja operasi menyelamat digerakkan

309) PENYATA KEWANGAN MBI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah nilai aset yang dipegang oleh MBI?

  2. Berapa banyak keuntungan yang dijana oleh MBI pada tahun 2013 dan 2014?

  3. Adakah akaun dan penyata kewangan tahun 2014 MBI telahpun disiapkan diserah kepada Jabatan Audit Negara untuk pengauditan?

310) KEBERKESANAN SKIM MIKRO KREDIT WANITA LADANG (WALA)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil kajian kerajaan negeri ke atas program WALA?

  2. Apakah perkembangan terkini peserta yang mengikuti program ini?

  3. Nyatakan agensi yang akan terlibat untuk mengerakkan program ini?