Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
161) SAMAN DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan saman yang diperolehi mengikut kategori kesalahan?
-
Berapakah jumlah bayaran balik kepada pihak Suasa Efektif bagi kesalahan pakir sepanjang tahun 2013, 2014 dan dari Januari hingga Jun 2015?
162) LESEN ARAK DI KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir seperti nama syarikat / individu, alamat perniagaan lesen arak yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Selangor.
-
Sila menyatakan jumlah yang diluluskan dan ditolak sejak tahun 2013,2014 hingga bulan Oktober 2015
-
Sila menyatakan tarikh dan berapakah jumlah kali operasi yang telah di jalankan oleh PBT untuk menyita peniaga tanpa lesen jual arak?
163) PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah program pembangunan modal insan telah dijalankan dengan bajet yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
164) TAPAK KEJADIAN PEMBUNUHAN HENRY GURNEY DI SELEKOH BUKIT FRASER
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status permohonan peruntukan Kementerian Pelancongan untuk mewujudkan tempat letak kereta yang berdekatan dengan tapak kejadian pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney di selekoh Bukit Fraser bagi memudahkan orang ramai dan pelancong luar bersinggah.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menambah monumen bersejarah untuk menyingkap kembali tragedi berdarah di selekoh Bukit Fraser yang merupakan tapak kejadian pembunuhan Henry Gurney? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
165) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PERDAGANGAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah core business Standco ini?
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
166) BANK TANAH KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan tanah kerajaan di kawasan DUN Selat Klang
-
Apakah perancangan setakat ini untuk membangunkan tanah tersebut?
-
Bagaimanakah prosedur orang kampung melalui JKKK boleh memanfaatkan tanah kerajaan yang terbiar untuk kegunaan tidak kekal?
167) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah keberhasilan PWB sejak diwujudkan?
-
Apakah perancangan PWB pada masa hadapan?
168) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini penstrukturan semula air Selangor?
-
Apakah pelan tindakan setelah selesai penstrukturan semula air ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menaikkan kadar tarif air?
169) PERSISIRAN PANTAI TERHAKIS
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memantau persisiran pantai yang terhakis di Selangor?
-
Berapakah peruntukan untuk membaikpulih persisir pantai yang terhakis?
170) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH RASMI KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kos penyelenggaraan rumah Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri dari tahun 2012 hingga 2015?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kos penyelenggaraan rumah rasmi kerajaan tersebut?