Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
121) KEBAJIKAN ORANG BUKAN ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk dan jenis bantuan kerajaan negeri untuk orang bukan Islam di Selangor yang memerlukan bantuan berbentuk kebajikan untuk OKU, anak yatim, orang miskin dan sebagainya?
122) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 3) – MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak audit mendapati bahawa Kerajaan Negeri telah menerima RM1.14 bilion wang MARRIS tetapi hanya membelanja RM620.24 juta. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak boleh menggunakan pemberian ini dengan sepenuhnya?
-
Apakah sekatannya (bottleneck)?
123) TEMPAT LETAK KERETA SWASTA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyakkah jumlah tempat letak kereta swasta mengikut pecahan PBT di seluruh negeri Selangor ?
-
Apakah syarat-syarat bagi membolehkan sesuatu tempat letak kereta itu diswastakan?
124) INFRASTRUKTUR KAWASAN LADANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukan untuk membina atau baik pulih kemudahan infrastruktur kawasan ladang?
-
Agensi atau pihak manakah yang bertanggungjawab memastikan kemudahan infrastruktur kawasan ladang mencukupi dan di selenggara?
125) BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia memperuntukkan geran bantuan kepada usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi menyediakan pemimpin pelapis di masa akan datang?
126) SKIM KESIHATAN WANITA Ð MAMMOGRAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah, mereka yang telah menerima perkhidmatan pemeriksaan MAMMOGRAM, sejak ia dilancarkan?
-
Mengapa, selepas PRU-13 tiada lagi dijalankan program MAMMOGRAM?
-
Adakah perkhidmatan pemeriksaan MAMMOGRAM ini telah dihentikan?
127) TANAH TAPAK SEKOLAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam membekalkan tanah sebagai tapak persekolahan SJK (C), termasuklah meminda pelan rancangan tempatan kawasan tempatan yang tidak ikut hasrat penduduk?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia menukarkan kawasan lapang tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju dan/atau di Jalan Saga 24, Taman Saga sebagai tapak persekolahan SJK (C) ?
128) SKIM CERIA DAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah perancangan agihan Skim Ceria setiap tahun mengikut DUN?
-
Berapa peratuskah Rumah Mampu Milik yang disediakan oleh kerajaan negeri di kawasan pinggir bandar? Terutamanya di kawasan DUN Seri Serdang.
129) PROGRAM PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini perlaksanaan program pemutihan kilang haram di dalam Negeri.
-
Jelaskan punca kilang-kilang yang gagal memohon untuk program pemutihan ini dan apakah tindakan seterusnya oleh pihak Kerajaan
130) KESIHATAN LUAR BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status wabak penyakit denggi di kawasan luar bandar?
-
Apakah wujud wabak-wabak penyakit lain di kawasan luar bandar?
-
Nyatakan statistik kes setiap wabak di kawasan luar bandar mengikut daerah tahun 2010-2013?