Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
191) PAIP JALAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berkenaan projek pelebaran Jalan B48 dari Jenderam Hulu hingga Pekan Sepang, adakah JKR memindahkan paip sedia ada ke tepi jalan atau menggantikan paip yang baru?
192) PEKAWANIS DAN BANTUAN KEMASYARAKATAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Atas peruntukan peraturan manakah, walaupun sebagai NGO, Pekawanis diberikan peranan utama dalam menyalurkan bantuan dari syarikat subsidiari kerajaan kepada rakyat?
-
Apakah syarikat-syarikat subsidiari yang terlibat?
-
Berapa jumlah yang telah disalurkan oleh MBI melalui Pekawanis?
193) VOUCHER PERAYAAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kenapakah Voucher Perayaan kerap diterima pada saat-saat yang akhir setiba hari perayaan?
-
Pengagihan voucher tersebut juga tidak seimbang yang mana kawasan Elit menerima jumlah voucher yang sama dengan kawasan yang lain?
194) MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN DAERAH (MTD)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Klang yang terakhir diadakan pada Julai 2013, bilakah mesyuarat yang akan datang diadakan lagi?
195) PELAN STRATEGIK KUIS 2014-2018
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah perincian dan isi kandungan pelan strategik ini?
-
Apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang pelan ini?
-
Sejauh manakah pelan ini selaras dengan Pelan Strategik Pendidikan Selangor?
196) PENGGERAK BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat Penggerak Belia Selangor yang dilantik?
-
Apakah kriteria pemilihan dan bagaimana proses pemilihan?
-
Berapakah peruntukan dana bagi menggerakkan Penggerak Belia Selangor?
197) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 3) – KUMPULAN WANG AMANAH PENYENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak audit mendapati bahawa Kerajaan Negeri mempunyai dana terkumpul Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri berjumlah RM631.27 juta pada akhir tahun 2012. Apakah rancangan kerajaan negeri supaya dapat membelanjakan baki terkumpul dengan optimum?
198) MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sekitar DUN Teratai?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan satu pelan tindakan yang lengkap untuk menambahbaikkan keadaan lalu lintas DUN Teratai dalam masa 5 tahun?
199) PEMBANGUNAN WANITA BERDAYA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah NGO-NGO di Selangor berfungsi dalam membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi Selangor?
200) PRASARANA SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri di dalam memastikan prasarana sukan di seluruh Selangor berada di dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai untuk kegunaan rekreasi rakyat?