Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
51) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan industri pelancongan di Kuala Langat khususnya di Pantai Kelanang dan Bukit Jugra?
52) AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak akan menaikkan tarif air dalam masa 5 tahun memandangkan rakyat Selangor menghadapi masalah bekalan air?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri akan lakukan untuk memastikan bekalan air mencukupi kepada Rakyat, terutamanya di DUN Teratai?
53) PERLAKSANAAN UUK FI LESEN 2007
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peningkatan hasil bagi setiap PBT setelah perlaksanaan UUK Fi Lesen 2007?
-
Adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula kenaikan tersebut memandangkan kebanyakan pemegang lesen menganggap kadar kenaikan ini agak tinggi dan membebankan?
54) LAMBAKAN PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan dalam mengatasi lambakan Pekerja Asing di Negeri Selangor ini?
-
Apakah pula peranan PBT dalam mengekang lambakan ini?
55) TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kelulusan yang telah dibuat kerajaan negeri bagi rumah dan kediaman peneroka-peneroka bandar, sehingga Disember 2013?
-
Berapa banyak di kalangan mereka yang menerima tawaran premium RM1000 yang ditawarkan oleh kerajaan negeri ?
-
Berapa ramai yang menolak dengan sebab tidak mampu membayar premium RM 1000 ?
56) PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat kelayakan dan prosedur permohonan?
-
Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dan senarai penerima manfaat ini di DUN Hulu Bernam?
57) PADANG BOLA SEPAK AWAM DI DUN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membaik pulih beberapa padang awam bagi tujuan pembangunan sukan bola sepak?
-
Adakah cadangan untuk mewujudkan sebuah stadium mini di Padang Awam MBSA di Kg. Paya Jaras Hilir?
58) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelabur-pelabur luar negara yang telah melabur di negeri Selangor sepanjang tahun 2013 dan nyatakan jumlah pelaburan bagi setiap pelabur tersebut?
-
Apakah faktor utama yang menarik minat pelabur asing melabur di negeri Selangor?
59) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA KLORR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar tentang penyahwartaan (degazzette) hutan simpanan kekal untuk membina lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).
60) TANAH RIZAB PERKUBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Tanah rizab perkuburan di Kg Giching tidak dapat menampung kehendak penduduk tempatan akibat penambahan penduduk yang pesat. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah ini?