Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
1) KERJA-KERJA BAIK PULIH BANGUNAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Status kerja-kerja baik pulih Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Sungai Sedu di mana struktur bangunan berkeadaan retak serius? Nyatakan anggaran kos, masa diambil untuk baik pulih.
-
Siapakah menanggung kos pembaikan?
-
Adakah bangunan ini selamat digunakan?
2) PROJEK ZON BERSIH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Projek Zon Bersih dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Apakah kesan dan faedah projek tersebut kepada komuniti tempatan?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kesan projek tersebut dan mengatasi kelemahannya?
3) PROGRAM CERIA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek bagi program Ceria yang sedang dilaksanakan di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara terperinci ?
4) PKNS HOLDING BERBANDING SUBSIDIARI PKNS YANG LEBIH LAMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Kenapa PKNS Holding diutamakan berbanding empat subsidiari lain yang telah menceburi bidang hartanah lebih 15 tahun?
-
Apakah kelebihan PKNS Holding berbanding SC Sdn Bhd, PIB Sdn Bhd, PECB Sdn Bhd dan Selaman Sdn Bhd.?
-
Kenapa PKNS Holding dengan hanya 10 anggota diutamakan daripada subsidiari dengan ratusan pekerja?
5) POLENS (M) SDN BHD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Syarikat Polens (M) Sdn Bhd menumpukan bidang perniagaan produk-produk makanan. Apakah jenis produk makanan dan jenama yang dihasilkan?
-
Bagaimanakah pelan dan skop pemasaran produk tersebut?
-
Nyatakan prestasi jualan dan keuntungan yang diperolehi dari 2010-2013?
6) WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Antara perniagaan teras Worldwide Holding Berhad ialah perkhidmatan alam sekitar. Apakah skop kerja perkhidmatan alam sekitar dan teknologi digunakan?
-
Apakah nama dan lokasi projek-projek untuk perkhidmatan alam sekitar ini?
-
Berapakah nilai pelaburan projek dan pulangan yang diperolehi pada 2010- 2013?
7) KENAIKAN GAJI / ELAUN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah menaikkan gaji dan elaun ahli MMKN, Speaker dan ADUN. Apakah perincian kenaikan untuk semua penjawat tersebut?
-
Adakah penjawat awam kumpulan lain menikmati kenaikan ini?
-
Adakah pesara berpencen turut menerima manfaatnya?
8) KEWANGAN PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan prestasi kewangan, PIYS telah mengalami kerugian besar dari 2009 hingga 2013. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kerugian ini berlaku?
-
Sejauh manakah prestasi pertambahan pelajar baru mampu mengurangkan masalah kerugian?
-
Apakah sumber dana kewangan bagi pelajar-pelajar?
9) SKIM TUNAS-BANTUAN TADIKA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini setelah ianya dilancarkan?
-
Berapa banyakkah dalam bentuk statistik, Tadika dan Pelajar yang mengambil bahagian dan yang telah mendapat manfaat hasil dari program ini sejak ianya dilancarkan?
10) TUNGGAKAN HUTANG KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senarai berapakah jumlah tunggakan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan?
-
Sila nyatakan jumlah tunggakan hutang secara perbandingan di kalangan negeri- negeri kepada Kerajaan Persekutuan?
-
Sila nyatakan jumlah tunggakan hutang yang berjaya dibayar sejak 5 tahun yang lalu ?