Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
141) KOS GUAMAN DAN IKAT JAMIN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sebanyak RM380 ribu dibelanjakan melalui geran Selangorku untuk pembiayaan kos guaman dan ikat jamin. Siapakah yang telah menerima bantuan kos guaman, ikat jamin tersebut dan apakah kes mereka?
-
Apakah justifikasi dan kewajaran mereka menerima bantuan tersebut?
142) PEMBANGUNAN KEDIAMAN DI ATAS LOT 1346 MUKIM TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenan pembangunan tanah secara serentak bagi cadangan pembangunan kediaman di atas Lot 1346 Mukim Telok Panglima Garang,Daerah Kuala Langat, Selangor?
143) PINJAMAN RM80 JUTA KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Pinjaman RM80 juta telah diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tujuan Pembangunan Projek Datum In-City. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah PKNS mula membayar balik kepada kerajaan negeri?
144) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini WIFI Selangorku?
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang telah disalurkan?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi dalam menjayakan Program Wifi Selangorku dan nyatakan nama kontraktor yang dilantik?
145) PENGUATKUASAAN JAIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan statistik penguatkuasaan JAIS bagi tahun 2008-2013 mengikut jenis kesalahan dan daerah.
-
Butirkan semua kes JAIS terhadap orang bukan beragama Islam bagi tempoh yang sama.
146) PROGRAM PENDEMOKRASIAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Laporan perbelanjaan geran Selangorku menyatakan RM3,506,232.86 telah dibelanjakan untuk Semakan Daftar Pemilih dan Bantahan. Apakah justifikasi program dan kesannya terhadap demokrasi ?
-
Nyatakan berapakah jumlah perbelanjaan mengikut 56 kawasan DUN?
147) PAJAKAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan senarai nama kampung-kampung baru dan status pajakan mereka mengikut daerah?
-
Apakah dasar kerajaan negeri terhadap status dan nilai pajakan untuk masa hadapan?
148) PENAWARAN SAHAM AIR SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah konsep pewujudan saham air ini?
-
Bilakah penawaran saham air untuk rakyat Selangor akan dilaksanakan?
-
Apakah syarat yang melayakkan rakyat Selangor menerima saham air tersebut?
149) DASAR RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah matlamat dan konsep Dasar Rumah Selangorku ini?
-
Apakah langkah untuk menjadikan dasar ini realistik bukan retorik?
-
Sejauh manakah kesan dasar ini di Selangor setakat ini?
150) PRESTASI PENYENGGARAN JALAN DI PETALING JAYA OLEH MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) DAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) PETALING
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja penyenggaraan jalan yang dirancang oleh MBPJ dan JKR Petaling dari 2010-2013.
-
Nyatakan nilai setiap kerja tersebut.
-
Nyatakan status pelaksanaan kerja-kerja yang disenarai di 8(a).