Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
191) PERTUKARAN NAMA TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bersetuju menukarkan nama Taman Perumahan Angkasa, Bandar Mahkota Banting kepada Taman Brooklands di atas permintaan ramai oleh penduduk yang berupa juga bekas peladang Brooklands?
192) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bandingkan keuntungan atau kerugian terkini sebelum cukai yang dicapai oleh keempat-empat syarikat GLC di bawah: i. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), ii. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), iii. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan iv. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
193) PKNS DIARAH TANGGUH PEMBELIAN TANAH BERHARGA RM400 JUTA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional PKNS mahu membeli tanah milik Desaminium Jaya seluas 340.43 ekar berharga RM400 juta?
-
Bagaimanakah PKNS mahu membiayai pembelian ini?
-
Apakah pembelian itu ditangguh atau dibatalkan?
194) BANGUNAN BARU DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan Bangunan Baru DNS ?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi bagi merealisasikan perancangan tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran peruntukan yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan cadangan tersebut ?
195) KEUNTUNGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keuntungan KHSB?
-
Berapa peratus pemberian KHSB daripada keuntungan kepada kerajaan negeri?
196) SELANGOR BANDAR SELAMAT
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan secara terperinci projek bandar selamat yang dilaksanakan di Selangor?
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi melaksanakan projek bandar selamat di Selangor?
-
Berapa jangka masa yang ditetapkan bagi memastikan Selangor mencapai tahap bandar selamat?
197) ORANG ASLI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan perkampungan orang asli di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Apakah status warta setiap perkampungan ini?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk memelihara perkampungan orang asli ini di samping membekalkan kemudahan asas?
198) PROJEK PEMBESARAN KG TAMAN DESA BUKIT BUJANG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu projek pembesaran kampung Taman Desa Bukit Bujang, Mukim Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu yang hampir 95% siap?
199) ISU ‘ALLAH’
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam?
200) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah mampu milik yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan di mana rumah mampu milik telah dibina dan akan dibina dalam tahun 2014