Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
281) PERANAN MENTERI BESAR DI ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan semua jawatan yang dipegang oleh Menteri Besar di anak-anak syarikat Kerajaan Selangor
-
Sila senaraikan gaji, elaun dan share option (jika ada) yang diterima di setiap jawatan tersebut.
282) KESELAMATAN KAWASAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah orang yang telah direkrutkan menjadi ÓPolis KomunitiÓ sehingga kini mengikut PBT?
-
Adakah penguatkuasa PBT terlibat dalam mengawal keselamatan kawasan kejiranan di PBT dan berapakah jumlah yang terlibat?
283) PROJEK PKPS DI HUTAN SG TENGAR UTARA DAN SG AIR TAWAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah luas keseluruhan projek ini?
-
Adakah bantuan khas diberi oleh PKPS kepada pekebun-pekebun sekitar projek ini yang pendapatan merosot akibat haiwan perosak dari hutan yang diterokai
-
Berapa jumlah kos yang telah dilaburkan oleh PKPS di projek tersebut?
284) PEWARTAAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah tapak kuil, tokong dan gereja yang telah diwartakan mengikut daerah sejak 2008.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Rumah Ibadat Bukan Islam mengikut pecahan kepada kuil, tokong dan gereja pada tahun 2013 dan tahun 2014.
285) MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang mengawal kewujudan gerai-gerai ikan bakar di sekitar Pantai Jeram?
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan mengenakan cukai kepada peniaga-peniaga ini?
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan kemudahan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan?
286) ANUGERAH TOKOH BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anugerah tokoh belia yang pernah diberikan oleh kerajaan negeri dari tahun 2008 hingga kini dan penerimanya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang memperbanyakkan anugerah tokoh belia di masa akan datang?
287) PUSAT KAFE SIBER
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan masa hadapan dan usaha yang sedang dilakukan oleh Kerajaan bagi mengurangkan aktiviti pusat siber haram yang semakin berleluasa.
288) KEMISKINAN BANDAR DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pendapatan isi rumah yang dikategorikan sebagai kemiskinan bandar?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin bandar menghadapi kos sara hidup yang tinggi?
289) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Senaraikan rumah mampu milik yang telah dibina oleh PKNS, LPHS, PNSB dan pihak swasta mengikut daerah serta parlimen sejak tahun 2008 hingga 2014?
-
Nyatakan sasaran dan berapa pendapatan rakyat yang layak untuk membeli rumah mampu milik?
290) KEMUDAHAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU di bangunan kerajaan dan GLC negeri?
-
Apakah dasar kerajaan tentang penyediaan kemudahan untuk OKU di premis milik kerajaan dan swasta?
-
Nyatakan pihak yang bertanggungjawab memantau kemudahan OKU yang disediakan?