Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
111) PEMERKASAAN BELIA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan program latihan untuk meningkatkan pendapatan belia di Selangor?
-
Senaraikan program tersebut dan bilangan belia yang telah terlibat dari 2008 hingga kini mengikut DUN?
112) LALUAN BASIKAL DI PBT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua lorong-lorong basikal di setiap PBT yang telah berkuatkuasa sehingga ke hari ini mengikut PBT dan kepanjangan lorong.
-
Apakah sasaran yang telah ditetapkan oleh PBT dan kerajaan negeri untuk membina lebih banyak laluan basikal di Selangor?
113) PEMBEKALAN AIR NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan empangan, loji rawatan air (LRA) serta kawasan yang dirangkumi oleh setiap LRA untuk pembekalan air di negeri Selangor
-
Sila bekalkan peta terperinci untuk 9(a).
114) PERUNTUKAN MARRIS SECARA OUTRIGHT GRANT
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyalurkan sebahagian kecil Peruntukan MARRIS kepada agensi pelaksana secara outright grant supaya kerja-kerja MARRIS boleh dilaksanakan dengan lebih cepat. Jika tidak, nyatakan sebabnya?
115) SMUE
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah pendaftaran skim SMUE dari program MES mengikut DUN pada 2013?
-
Senaraikan jumlah penerima skim SMUE dari program MES mengikut DUN pada 2013?
-
Nyatakan usaha kerajaan agar rakyat Selangor yang layak mendaftar dengan skim SMUE?
116) NAIKTARAF PADANG BOLA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan membaikpulih dan menaiktaraf padang bola di Petaling Jaya dibelanjakan oleh MBPJ dari 2008 sehingga kini mengikut padang?
117) OPERASI DUA BUAH KILANG SIMEN DI KG DESA AMAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kilang simen yang beroperasi di kawasan tersebut setelah aduan telah dibuat lebih 5 tahun yang lalu?
118) KOMPLEKS SUKAN MINI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan pihak pemaju gagal menyelenggarakan Kompleks Sukan Mini di Taman Sri Bahagia, bolehkah Kerajaan membantu pihak MPKj untuk mengambil alih hak penyelenggaraannya yang masih dibawah penyelenggaraan pihak pemaju?
119) PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS)
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan lembaga pengarah persatuan?
-
Senaraikan secara terperinci perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan negeri bagi membiayai pasukan bola sepak Selangor dari tahun 2008 hingga kini?
120) USAHAWAN BUMIPUTERA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan dengan terperinci jumlah usahawan Bumiputera yang berdaftar di Negeri Selangor mengikut bidangnya?
-
Apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membantu usahawan-usahawan tersebut?