Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
211) AHLI LEMBAGA PENGARAH PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria dan kelayakan untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS?
-
Apakah latar belakang Ahli-ahli Lembaga Pengarah PKNS sekarang?
212) SELANGORKINI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan nama pengedar Selangorkini serta maklumat supaya dapat hubungi pengedar berkenaan di setiap DUN Selangor.
-
Sila nyatakan bilangan cetakan Selangorkini versi Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Cina setakat bulan April 2014 serta jumlah perbelanjaan tersebut
213) KUATERS JKR YANG TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan lokasi dan jumlah unit kuarters pekerja Jabatan Kerja Raya Selangor yang terbiar tidak dihuni oleh pekerja di DUN Telok Datok, Apalah perancangan JKR untuk kuarters terbiar dan tidak diselenggarakan semula?
214) PRESTASI PENYENGGARAAN JALAN DI DUN DAMASARA UTAMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja penyenggaraan jalan yang dirancang oleh MBPJ dan JKR Petaling di DUN Damansara Utama
-
Nyatakan nilai dan status pelaksanaan kerja-kerja tersebut
215) TANAH KERAJAAN DI KG SERIGALA HULU BERNAM
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini permohonan 16 lot tanah kerajaan sebagai kediaman oleh penduduk-penduduk Kg Serigala, Hulu Bernam yang tinggal di tanah tersebut selama 40 tahun.
216) BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pendaftaran melalui program Pembangunan Belia Negeri Selangor mengikut pecahan DUN?
-
Berapakah jumlah aktiviti PeBT mengikut pecahan DUN pada 2014?
-
Apakah usaha-usaha kerajaan bagi menambah jumlah ahli belia yang berdaftar agar menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti PeBT?
217) KEMPEN MEMBACA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor memastikan berjaya Kempen Membaca di setiap DUN?
-
Senaraikan program kempen di setiap DUN sejak ia dilancarkan.
218) PENYELARAS PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ( PKM ) PERINGKAT DUN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah elaun yang diberi oleh kerajaan negeri kepada penyelaras- penyelaras ini?
-
Berapakah peruntukan yang diberi kepada penyelaraspenyelaras ini pada setiap tahun?
-
Berapa orang pembantu di dalam setiap pusat khidmat DUN dan berapakah elaunnya?
219) JALAN SESAK DARI TAMAN SAUJANA UTAMA KE JALAN KUALA SELANGOR DI AWAL PAGI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kesesakan di awal pagi yang dialami oleh penduduk Saujana Utama?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan membina jalan baru atau jalan jejantas `flying over dari Jalan Saujana ke Jalan Kuala Selangor?
220) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA(IPTS) DI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan IPTS dan jumlah pelajarnya yang wujud di Selangor?
-
Nyatakan program-program kerjasama antara kerajaan negeri dan IPTS yang telah dilaksanakan dari tahun 2008 hingga kini?