Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
11) PERKEMBANGAN PROGRAM BAS AWAM ANTARA BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah perkembangan program mewujudkan perkhidmatan bas awam antara bandar bagi seluruh negeri Selangor
12) HARGA RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek perumahan rumah mampu milik dibawah kelolaan kerajaan negeri?
-
Adakah berlaku kenaikan harga rumah mampu milik ini?
-
Apakah langkah efektif yang diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat memiliki rumah bagi yang kurang berkemampuan?
13) KENAIKAN FI PERNIAGAAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapakah kenaikan pendapatan yang diperolehi oleh pihak PBT di Negeri Selangor hasil dari kenaikan FI ini ?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menyemak polisi kenaikan FI lesen perniagaan ini ?
-
Apakah rasional pihak Kerajaan untuk menaikkan FI lesen perniagaan ini.?
14) BAJET DAN PERUNTUKAN KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratusan bajet 2014 dan cadangan bajet 2015 untuk Kerajaan Prihatin daripada jumlah bajet Kerajaan Negeri?
-
Berapakah keluarga yang mendapatkan manfaat daripada Kerajaan Prihatin Negeri Selangor setakat Oktober 2014?
-
Sejauh manakah kejayaan program WALA setakat Oktober 2014?
15) PELABURAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan dari luar negara masuk ke Selangor untuk tempoh 2010 - 2014?
-
Nyatakan jenis-jenis (sektor) dan nilai pelaburan masuk untuk tempoh 2010 - 2014?
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan bekalan tenaga elektrik dan air mencukupi menjelang 2020?
16) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bilakah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) akan berkuat kuasa di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk penubuhan Tribunal di bawah Akta tersebut?
-
Berapa lamakah Tribunal tersebut boleh menerima, mendengar dan memutuskan aduan mengenai sesuatu perkara?
17) USAHA PENCEGAHAN DENGGI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri meneliti dan memanfaatkan teknologi baru dalam menangani permasalahan denggi? Sila nyatakan teknologi tersebut.
-
) Sila nyatakan kekerapan dan usaha yang dilakukan oleh semua agensi untuk menangani isu denggi ini di setiap PBT
18) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak manakah yang menguruskan Geran Selangorku? Apakah mekanisme yang diambil untuk menjamin ketelusan pengurusan?
-
Mengapakah perbelanjaan Geran Selangor tidak dibentangkan sebagai sebahagian daripada bajet?
-
Berapakah daripada RM300 juta Geran Selangorku yang telah dibelanja (bukan dilulus)? Sila jelaskan perbelanjaan tersebut
19) MASJID UMMAH-SENTRIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Kerajaan telah membina banyak masjid. Apakah pelan tindakan kerajaan untuk memastikan agar masjid-masjid benar-benar berfungsi untuk membangunkan khaira ummah?
-
Adakah kerajaan telah mengupayakan masjid untuk melatihkan ahli kariah mencapai solat tahap anil fahsya' wal mungkar?
20) ORANG ASLI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah sumbangan Kerajaan Negeri didalam program kebajikan dan pendidikan masyarakat Orang Asli?
-
Apakah peranan Badan Bertindak Orang Asli Selangor (BBOAS) dan berapakah peruntukan yang telah Kerajaan Negeri disalurkan kepada badan tersebut?