Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
201) PROJEK BAZAR DARUL EHSAN KANCHONG DARAT, KUALA LANGAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek Bazar Darul Ehsan Kampung Kanchong Darat Kuala Langat?
202) PELABURAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan yang diterima dari dalam dan luar Negara tahun 2014?
-
Apakah Kedudukan pelaburan negeri berbanding negeri-negeri lain di Malaysia?
203) DASAR KEBAJIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat Selangor berikutan peningkatan harga minyak dan barangan keperluan
-
Minta nyatakan rancangan kerajaan negeri untuk membantu menaiktaraf rumah kebajikan orang tua dan anak-anak yatim
204) LEBUHRAYA KINRARA DAMANSARA (KIDEX)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah kelulusan yang masih belum diberikan kepada KIDEX yang diperlukan sebelum pembinaan dapat dilaksanakan. Sila perincikan seksyen undang-undang yang berkaitan?
-
Jika perjanjian konsesi tidak didedahkan kepada masyarakat umum, adakah kelulusan akan diberi pertimbangan?
205) BANJIR KILAT DUN GOMBAK SETIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kawasan yang masih belum diatasi masalah banjir di DUN Gombak Setia?
-
Apakah tindakan yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
206) DASAR KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri hari ini akan meneruskan dasar-dasar yang sedia telah dilaksanakan dibawah pentadbiran YAB Menteri Besar yang lalu?
-
Apakah dasar-dasar dan perancangan baru kerajaan negeri dalam memajukan negeri Selangor pada masa akan datang?
207) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mampu milik bagi 5 tahun akan datang?
-
Apakah kriteria penentuan lokasi untuk pembinaan rumah mampu milik dan jawatankuasa manakah yang menentukan?
-
Senaraikan projek rumah mampu milik yang dikenal pasti untuk 5 tahun akan datang.
208) KAWASAN LUAR BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti menaiktarafkan infrastruktur umpamanya di kawasan Sungai Pelek
209) PERUNTUKAN UNTUK MEMBERDAYAKAN PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai peruntukan khas untuk mempastikan pusat aktiviti wanita dilengkapkan dengan operasinya untuk berjalan lancar DAN TIDAK MENGHARAP SUMBER kewangan lain (seperti program PTRS)?
-
Adakah PWB mempunyai program 'outreach' kepada wanita marhaen?
210) PERANCANGAN MDKS KE ATAS TANAH LAPANG DI HADAPAN RUMAH MURAH PKNS JALAN KLANG DAN TAMAN SERI PIAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Majlis Daerah Kuala Selangor setelah kawasan-kawasan berkenaan dibersihkan?