Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
231) GERAN SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan perancangan program yang dijalankan di bawah geran Selangorku
-
Sila nyatakan senarai-senarai projek yang telah dilaksanakan menerusi geran Selangorku sehingga Disember 2013
-
Minta kerajaan negeri jelaskan keberkesanan geran Selangorku sejak ia mula diperkenalkan
232) PEMBANGUNAN MAHASISWA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan satu platform kepada mahasiswa bagi meningkatkan penglibatan dan kepekaan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan melalui program internship kepada Menteri Besar dan barisan EXCO?
-
Adakah kerajaan akan menyediakan sejumlah peruntukan bagi menyokong perjalanan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa?
233) PINDAAN RANCANGAN TEMPATAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah panduan dan peraturan zoning dalam Rancangan Tempatan PBT?
-
Apakah kategori zon dalam sesuatu Rancangan Tempatan?
-
Berapakah kos yang terlibat dalam membangunkan sesuatu Rancangan Tempatan?
234) PORTFOLIO ADAT-ADAT MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan perancangan program portfolio Adat-adat Melayu tahun 2015 ?
-
Apakah strategi untuk merealisasikan dasar dan perancangan tersebut ?
-
Bagaimanakah tahap pencapaian portfolio sebelum ini ?
235) KESELAMATAN DAN JENAYAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah anggota polis bantuan yang ditugaskan untuk membantu menjaga keselamatan penduduk mengikut pecahan PBT.
-
Apakah pendekatan Kerajaan Negeri bagi membantu mengurangkan kadar jenayah melalui Jawatankuasa Bandar Selamat yang ditubuhkan di setiap PBT?
236) STATUS PELABURAN ASING KE SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Selangor merupakan negeri yang dapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia setakat Oktober 2014?
-
Berapa kerapnya Kerajaan Selangor melakukan program menarik pelabur asing di luar negara?
-
Adakah Kerajaan Persekutuan memberi sebarang bantuan untuk menarik pelabur asing ke Selangor?
237) PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Syarikat SP Setia telah dilantik secara runding terus sebagai pemaju. Apakah keistimewaan syarikat ini
-
Demi ketelusan, terangkan mengapa syarikat ini dipilih.
-
Berapakah modal berbayar yang dimiliki syarikat ini.
238) BANJIR KILAT KAWASAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan insiden-insiden banjir kilat dalam kawasan bandar di Selangor untuk tempoh 2013-2014?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini?
-
Apakah penyelesaian kerajaan negeri untuk memastikan kejadian ini tidak berulang pada masa akan datang?
239) MB INCOPORATED (MBI)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status program bawah Geran Selangorku yang memperuntukkan RM 300 juta?
-
Senaraikan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk semua 17 perkara
240) PELABURAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi tempoh 9 bulan pertama tahun 2014?
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi tempoh yang sama secara perbandingan dengan negeri-negeri yang lain ?
-
Sila nyatakan apakah insentif yang disediakan oleh Kerajaan ?