Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
51) KOMPETENSI PENGERUSI DAN AHLI-AHLI JKKK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Pengerusi dan Ahli JKKK di seluruh Selangor?
-
Apakah tugas-tugas utama Pengerusi dan Ahli-ahli JKKK?
-
Apakah rancangan kerajaan dalam memberi latihan agar Pengerusi dan Ahli-ahli JKKK mampu menguasai serta menerangkan dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai?
52) RIZAB KEWANGAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rizab kewangan negeri terkini?
-
Apakah dasar, prinsip dan strategi negeri terhadap simpanan rizab tersebut?
53) BAYARAN GRADUITI KEPADA KAKITANGAN MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) YANG MENAMATKAN TEMPOH PERKHIDMATAN SEMASA MENTERI BESAR TERDAHULU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah keseluruhan bayaran tersebut
-
Sila senaraikan nama-nama penerima dan jumlah bayaran yang telah diberikan
-
Apakah formula yang digunakan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) untuk membuat bayaran tersebut.
54) PUSAT TEATER SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pusat tersebut ?
-
Sila nyatakan bagaimanakah Pusat Teater Shah Alam ini dapat menyumbangkan kepada kesenian dan kebudayaan Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah perancangan membina Pusat Teater Shah Alam ini menepati prinsip value for money?
55) SAMPAH HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini.
-
Apakah pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini.
-
Berapakah jumlah tapak pelupusan sampah haram yang telah dirampas serta kompaun sejak Pakatan Rakyat memerintah.
56) PROFAIL KEMISKINAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah cukai tertunggak bagi tahun 2008 hingga 2014 mengikut PBT?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah cukai tertunggak?
57) TABUNG BENCANA ALAM SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dana Tabung Bencana Alam Selangor bagi tahun 2008-2014
-
Senaraikan jumlah peruntukan bencana alam yang disalurkan mengikut pecahan daerah dan insiden bencana alam bagi tahun 2008-2014.
-
Apakah jenis bencana alam yang boleh dituntut sagu hati di bawah Tabung Bencana Alam?
58) MASALAH JALAN-JALAN DI BAWAH KAWALAN JKR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan jalan-jalan di Negeri Selangor di bawah kawalan JKR kini berada dalam keadaan yang teruk dan berlubang-lubang, contohnya Jalan Banting, Pandamaran. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki dan menurap jalan-jalan JKR tersebut?
59) KELEWATAN BAYARAN MANFAAT BULANAN SKIM MES TUNAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah bayaran bulanan masih berlaku kelewatan sehingga 2 bulan?
-
Adakah semakan semula kelulusan dibuat atas pemohon sama setiap bulan?
-
Bebanan kepada pengusaha Tadika. Bolehkah bayaran secara 3 fasa setahun tanpa lewat sebelum tamat penggal sekolah?
60) JUALAN MINUMAN KERAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah prosedur permohonan lesen penjualan minuman keras di Selangor?
-
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan dari 2008 hingga 2014?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat penjualan minuman keras?