Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
1) PENYELESAIAN HOLISTIK PANGSAPURI KOS RENDAH SRI PERANTAU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan akan mewujudkan satu 'task force' untuk mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan masalah berangkai yang kronik di kalangan penduduk tempat kediaman tersebut
-
Berapakah kos peruntukan untuk menjayakan 'total solutions approach' ini?
-
Bolehkah kerajaan mensasarkan penyelesaian inklusif yang melibatkan penduduk sendiri dicapai dalam masa setahun(12 bulan)?
2) JAWATANKUASA TETAP KEHIDUPAN BANDAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah fokus dan tumpuan Jawatankuasa Tetap Kehidupan Bandar?
-
Bagaimana permasalahan yang dihadapi oleh penghuni perumahan bertingkat khususnya di flat-flat kos rendah?
3) PEMBANGUNAN PUSAT PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek-projek pusat pelancongan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bersama dengan kos masing-masing.
-
Kategorikan projek yang berjaya dan gagal serta perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula projek-projek yang gagal.
4) PENYELENGGARAAN JALAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbelanjaan pengurusan jalan negeri mengikut daerah?
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang belum diselenggara?
-
Nyatakan jumlah laporan kehilangan penutup 'main hole' dan berapa yang telah diganti semula?
5) KILANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan kilang-kilang yang telah dikenal pasti sebagai kilang haram
-
Senaraikan kilang-kilang haram dan status setiap satu terhadap pencapaian Program Pemutihan Kilang Haram sepanjang 2010 hingga 2014
-
Apakah faktor-faktor utama kilang-kilang haram ini tidak berjaya untuk diputihkan?
6) USAHA UNTUK MENAIK TARAF PASAR SEKSYEN 6 SHAH ALAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha MBSA untuk menaik taraf Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam?
-
Berapa kos untuk usaha-usaha untuk menaik taraf pasar tersebut?
-
Bila dijangka selesai?
7) KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil siasatan kejadian tumpahan minyak yang mengakibatkan tiga loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa ditutup pada 12 Oktober 2014?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kawalan yang lebih ketat di Sungai Selangor untuk mengelakkan kejadian sedemikian berlaku?
8) LEBUHRAYA KIDEX
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status semasa cadangan projek lebuh raya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX)?
-
Apakah bentuk bantahan terhadap projek ini?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memastikan projek ini dilaksanakan pada situasi Òmenang-menangÓ?
9) MASALAH REMAJA DAN BELIA HAMIL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memberi bantuan fizikal dan psikososial kepada remaja dan belia yang hamil di luar ikatan perkahwinan?
-
Jika tidak, apakah rancangan Kerajaan agar mereka dapat kembali meneruskan kehidupan, pembelajaran atau pekerjaan seperti sediakala?
10) KUTIPAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah dan statistik penerima zakat mengikut pengelasan di kawasan DUN Kajang dari tahun 2010-2013
-
Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah kutipan zakat dan jumlah kutipan yang telah diagihkan kepada penerima dari tahun 2010-2013
-
Minta kerajaan negeri kemukakan unjuran kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang.