Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
201) DATARAN BELIA DI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Padang Awam di Kampung Delek adalah satu satunya padang awam di DUN Selat Klang. Apakah kerajaan negeri boleh menyediakan dataran belia yang sesuai di situ?
-
Berapakah peruntukan yang dikhususkan untuk program pembangunan belia dan sukan di setiap DUN?
202) PEMBINAAN HOSPITAL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam bekerjasama dengan pihak Pusat bagi menangani masalah penangguhan pembukaan Hospital Shah Alam yang telah membazirkan sejumlah dana awam yang besar?
-
Senaraikan kawasan-kawasan lain di negeri Selangor yang terlibat dalam pembinaan hospital swasta dan hospital awam yang baharu.
203) LESEN PUSAT HIBURAN KELUARGA (PHK)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan untuk membuka PHK di Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menyahut saranan Menteri Dalam Negeri memberhentikan pengeluaran lesen PHK ?
-
Sila kemukakan maklumat tanah pertanian telah ditukar kepada tanah kegunaan lain dalam tempoh 2008 hingga 2014
204) PEMBANGUNAN SISTEM KOMPOS DI PBT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah anggaran kos untuk membangunkan sistem kompos menurut PBT?
-
Berapakah anggaran penjimatan kos dari penggunaan baja kompos mengganti baja kimia menurut PBT?
-
Berapakah anggaran kos bagi kempen kesedaran, pendidikan rakyat dan latihan staf bagi menjayakan sistem kompos menurut PBT?
205) PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan skim / insentif yang menggalakkan industri pertanian moden
-
Sila kemukakan senarai lokasi yang menjalankan industri pertanian moden Selangor
-
Sila kemukakan maklumat tanah pertanian telah ditukar kepada tanah kegunaan lain dalam tempoh 2008 hingga 2014
206) STRUKTUR BINAAN LUAR PREMIS (PEPULAU)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan premis yang dikenalpasti telah membina pepulau di atas tanah kerajaan bagi tujuan perniagaan?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang terlibat ini?
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang terlibat dengan taklimat penerangan berkaitan larangan pembinaan pepulau ini?
207) KAWASAN RIADAH BERBASIKAL DI GOMBAK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri mengenal pasti dan merancang untuk menaiktaraf kemudahan di kawasan Jalan Lama Bentong Gombak sebagai tempat rekreasi berbasikal.
208) GERAI LUAR BANDAR (GLB)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan secara terperinci jumlah bilangan GLB di semua PBT.
-
Sila senaraikan jumlah sewa GLB yang berjaya dikutip dari tahun 2010-2013 oleh PBT.
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina lebih banyak GLB bagi membantu rakyat luar Bandar.
209) PENGURUSAN PEJABAT PENYELARAS DUN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos pengurusan pejabat dan bajet pembangunan penyelaras DUN Kerajaan Negeri?
-
Berapakah peruntukan tahunan yang diberikan kepada setiap penyelaras DUN tersebut?
210) TAMAN REKREASI DAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK PERLU DALAM KEADAAN SELAMAT DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jadual penyelenggaraan dan baik pulih semua taman-taman di atas di DUN Selat Klang
-
Untuk mengatasi masalah vandalisme di taman-taman tersebut apakah pelan tindakan kerajaan?
-
Bagi memastikan kesejahteraan rakyat di bandar, berapa peruntukan yang disediakan oleh kerajaan?