Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
251) BILANGAN QUALIFIED TITLE YANG MASIH BELUM DIPROSES MENJADI FINAL TITLE
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah jumlah Hak milik Sementara (Qualified Title) yang masih belum diproses menjadi Hak milik Kekal (Final Title) di setiap daerah pada sekarang?
-
Perincikan semua faktor dan kekangan yang menyebabkan masalah ini.
252) SISTEM SALIRAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan sistem saliran di kawasan perindustrian sempurna dan bersesuaian?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan pemantauan kepada pemantauan kepada sistem saliran di kawasan perindustrian?
253) JUMLAH DAN KEPADATAN PENDUDUK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan jumlah penduduk dan kepadatan penduduk di Negeri Selangor mengikut PBT?
-
Sila berikan jumlah penduduk dan kepadatan penduduk di Negeri Selangor mengikut mukim dan daerah?
-
Apakah sumber data tersebut?
254) EKONOMI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri ada membawa masuk pelaburan baru dan nyatakan jumlah pelaburan yang telah di bawa masuk pada tahun 2013 sehingga sekarang?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam tahun ini dan tahun hadapan?
255) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jenis bantuan yang dihulurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik dibawah program ini
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan dibawah program ini mengikut jenis bantuan masing-masing
256) PROGRAM LAMAN DAPUR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah ibu tunggal yang telah terlibat dalam program Laman Dapur mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya dalam projek menjana pendapatan melalui pertanian di bawah program Laman Dapur?
257) LESEN MENDUDUKI SEMENTARA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis-jenis kegunaan tanah yang boleh dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara
-
Adakah Pejabat Daerah dan Tanah diberikan kuasa meluluskan semua jenis Lesen Menduduki Sementara?
-
Apakah rasionalnya tanah kosong dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara dengan syarat kegunaan tanah tersebut sebagai tapak rumah kediaman seperti di Mukim Ampang Pecah Daerah Hulu Selangor?
258) PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2015
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Rasional dan justifikasi bagi pembentangan belanjawan 2015 dikala tiada sebarang unjuran kelembapan apatah lagi penguncupan ekonomi bagi Selangor.
259) TANAH-TANAH NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Pernahkah Kerajaan Negeri mengadakan semakan/audit "bank tanah" kerajaan?
-
Berapa besarkah 'bank tanah' Kerajaan Negeri? Sila senaraikan jenis, keluasan dan nilai.
-
Berapakah keluasan tanah Kerajaan Negeri telah diberi kepada GLC-GLC? Sila senaraikan keluasan tanah dan GLC yang mendapat tanah kerajaan.
260) MENAIKTARAF KEMUDAHAN PASAR BASAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pasar basah yang ada di Selangor mengikut PBT.
-
Senaraikan kerja menaiktaraf yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dari 2008 hingga 2014 mengikut PBT.