Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
291) HAK AGAMA BUKAN ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam.
-
Jika tiada SOP, sila jelaskan sebab-sebab kelewatan mewujudkan SOP walaupun telah lama dijanji.
292) INFRASTRUKTUR LANGAT 2
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek infrastruktur air Langat 2?
293) PEMBINAAN GELANGGANG BOLA KERANJANG BERBUMBUNG DI TELOK BUNUT, JALAN TELOK BUNUT, BANTING
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Mengapa gelanggang bola keranjang berbumbung di Telok Bunut, Banting belum dibina walaupun sebut harga telah lama dihantar oleh Majlis Daerah Kuala Langat?
-
Apakah syarat yang perlu di patuhi untuk PBT atau ADUN memohon pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung?
-
Berapalah jumlah gelanggang bola keranjang berbumbung telah dibina di setiap PBT selepas PRU 13?
294) YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah berlaku perubahan dalam senarai pengurusan dan lembaga pengarah YAWAS setelah berlaku perubahan pimpinan kerajaan negeri ?
-
Apakah kayu ukur yang digunakan dalam menunjukkan kejayaan skim YAWAS ini
295) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar yang telah dibenakan rumah-rumah mampu milik sejak tahun 2008.
-
Senaraikan kawasan-kawasan yang akan dibenakan rumah-rumah mampu milik serta tarikh jangkaan pelancarannya.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik di kawasan Puchong?
296) AHLI MAJLIS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan ahli-ahli Majlis terkini mengikut PBT termasuk lantikan yang terbaru?
-
Apakah justifikasi dan kriteria pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis?
297) SKIM PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA DAN PROGRAM UNTUK WANITA SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah Skim Pemeriksaan Mamogram telah dihentikan?
-
Sila kemukakan senarai bilangan wanita mengikut DUN yang mendapat manfaat pemeriksaan mamogram setakat Oktober 2014.
-
Sila kemukakan maklumat skim-skim dan program-program yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Wanita.
298) MENANGANI HAKISAN PANTAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Pantai Remis Sungai Sembilang merupakan pusat riadah yang menjadi tumpuan masyarakat setempat dan luar. Bagaimanapun keindahan tempat riadah ini hilang serinya akibat hakisan pantai yang teruk. Apakah usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah hakisan pantai yang berlaku di kawasan berkenaan?
299) PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT-SYARIKAT GLC
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Bandingkan keuntungan atau kerugian terkini sebelum cukai yang dicapai oleh keempat-empat syarikat GLC di bawah: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
300) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kos pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tarikh dibuka sehingga pejabat tersebut diarahkan tutup?
-
Senaraikan jawatan kerja yang berkhidmat di pejabat ini dan jumlah gaji yang dibayar kepada mereka?