Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
1) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam?
2) SUKAN PERAHU LAYAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Selangor dalam memberi sokongan kepada aktiviti Sukan Perahu Layar?
-
Adakah Pantai Batu Laut yang merupakan salah satu lokasi Sukan Perahu Layar yang aktif diberi perhatian peruntukan bagi menaiktaraf kemudahan prasarana?
3) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara terperinci bagaimanakah kedudukan kewangan terkini Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang mempengaruhi prestasi kewangan Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan kedudukan kewangan Negeri Selangor ?
4) MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari 2008 hingga 2013?
-
Nyatakan skim-skim perumahan untuk membantu mereka?
5) TANAH PERKUBURAN ORANG ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah tanah perkuburan tersebut akan siap dan boleh digunakan?
-
Siapakah yang akan menguruskannya?
6) PeBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Dasar PeBT telah dilaksanakan?
-
Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?
-
Sila kemukakan dokumen perancangan PeBT dalam aspek ekonomi, modal insan dan pendidikan dalam tempoh tahun 2013-2018?
7) WIFI PERCUMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi pelaksanaan program WiFi percuma di seluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan?
-
Bilakah peluasaan program WiFi percuma akan dilaksanakan?
8) PELABURAN NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pecahan jumlah pelaburan, nama pelabur mengikut daerah dan bidang dari 2008-2012?
-
Nyatakan pecahan jumlah pekerjaan dan nama kilangnya mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah potensi pelaburan untuk 2013?
9) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan seperti mana yang dijanjikan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor?
10) PERPUSTAKAAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi tahun 2007-2013.
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membina perpustakaan cawangan/bandar/desa mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2013 dan sasaran pembinaan perpustakaan baru untuk 2013-2018.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca dan mempelbagaikan penyampaian ilmu untuk melahirkan warga negeri yang minat menuntut ilmu?