Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
121) MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan secara perbandingan kedudukan kewangan MAIS sejak 5 tahun yang lalu.
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah bidang perniagaan yang diceburi oleh MAIS ?
-
Sila senaraikan anak-anak syarikat MAIS yang mencapai keuntungan dan juga yang mengalami kerugian sejak 5 tahun yang lalu
122) LRT KELANA JAYA KE PUTRA HEIGHT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Perincikan status terkini pembinaan sambungan LRT Kelana Jaya ke Putra Heights.
-
Apakah kerajaan negeri maklum tentang pampasan yang perlu dibayar kepada mereka yang terpaksa berpindah dan berapakah jumlahnya?
-
Siapakah sebetulnya wakil kerajaan negeri yang memantau projek ini kerana aduan penduduk setempat banyak aspek keselamatan diabaikan oleh kontraktor?
-
Huraikan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani aduan penduduk sekitar.
123) AIR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Air terawat dibekalkan melalui Wangsa Maju ke Ampang khususnya di Flat Desa Lembah Permai, kenapa selalu di Desa Lembah Permai apabila ketiadaan air, alasan yang diberikan tekanan air rendah?
-
Ketika masalah di wangsa maju kenapa pihak bekalan air tidak mengambil sahaja air dari ÒAmpang IntakeÓ untuk diagihkan ke kawasan sekitar? Kenapa perlu ambil air di Selayang dan Gombak yang terlalu jauh?
124) PRESTASI KEWANGAN PBT
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik prestasi pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT di Selangor dari 2008 hingga 2013?
-
Berikan pecahan pendapatan dan perbelanjaan setiap PBT dari 2008 hingga 2013?
-
Apakah strategi PBT untuk meningkatkan pendapatan dan mengawal perbelanjaan?
125) SEKOLAH RENDAH AGAMA DI DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Sekolah Rendah Agama di DUN Teratai?
-
Berapakah peruntukan yang telah diagihkan untuk perkara (a)?
-
Berapakah bilangan tenaga pengajar dan pelajar yang dapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan untuk Sekolah Agama DUN Teratai?
126) PELAKSANAAN PROJEK OLEH PEMAJU SWASTA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih banyak pemaju swasta untuk melaksanakan projek - projek pembangunan memandangkan aturan wajib pembangunan serta capital contribution yang dikenakan ke atas pemaju sentiasa berubah dan tidak konsisten ?
127) MASALAH CF TAMAN TAMAN PERUMAHAN DAN PANGSAPURI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah penyelesaian terhadap masalah CF?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk membantu pembeli yang terperangkap dengan masalah tersebut?
-
Apakah tindakan susulan terhadap masalah CF Taman Desa Gemilang di Sg Pusu?
128) SKIM AIR PERCUMA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah halatuju jangka panjang skim tersebut?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri menampung kos skim untuk seterusnya?
-
Apakah langkah untuk memastikan pengguna meter pukal turut menikmati skim ini?
129) MENAIKTARAF KEMUDAHAN ASAS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf kemudahan-kemudahan di Masjid, termasuk menurap kawasan lapang di dalam Masjid mengikut susunan tahun 2008 sehingga bulan Mac, 2013 di kawasan DUN Telok Datok, Sijangkang dan Morib?
130) PENUKARAN SYARAT GUNA TANAH RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan telah diterima dari pihak-pihak berkenaan untuk menukar syarat guna tanah kepada rumah ibadat bukan Islam dari 2008 sehingga 2013?
-
Berapakah jumlah permohonan telah diluluskan dalam tempoh yang sama dan adakah premium untuk penukaran syarat tanah dikecualikan?
-
Apakah sebab-sebab utama yang menyebabkan sesuatu permohonan itu tidak berjaya?