Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
171) INOVASI DAN BAKAT BARU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan program dan insentif yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakkan inovasi dalam pelbagai bidang kepada warga negeri Selangor.
-
Senaraikan jumlah tawaran peluang pekerjaan dan jawatan yang disediakan oleh Anak-anak Syarikat/Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka yang berbakat serta mendapat biasiswa atau pinjaman Kerajaan Negeri Selangor.
-
Senaraikan Anak-anak Syarikat/Jabatan/Agensi Kerajaan yang menyediakan biasiswa kepada warga negeri Selangor yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negara dan syarat permohonan.
172) INDUSTRI PASIR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah pendapatan hasil pasir negeri dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Apakah hala tuju dan sasaran industri pasir untuk tahun-tahun mendatang?
-
Bagaimanakah untuk memastikan hasil pasir benar-benar dinikmati rakyat?
173) PENYELENGGARAAN TAPAK KUBUR DAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengambil alih urusan penyelenggaraan tapak perkuburan India di Sungai Sedu, Jalan Klang-Banting, Kuala Langat, Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membina krematorium awam untuk kemudahan semua lapisan masyarakat di DUN Telok Datok?
174) NAIK TARAF KAMPUNG LOMBONG KLANG
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini permohonan naik taraf Kampung Lombong dalam Daerah Klang.
-
Bila tarikh ia akan diberi taraf sebagai kampung tradisi
-
Kenapa berlaku kelewatan naik taraf kampung ini walaupun ia sudah diluluskan pada tahun 1990-an?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam meluluskan permohonan tanah penduduk kampung ini yang telah lama tertangguh
175) PENGUATKUASAAN RUMAH URUT HARAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak rumah urut haram yang di wujudkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 2008 di Meru?
-
Sejauh mana pihak MPK, JAIS, Polis, Imigresen dan TNB bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan rumah urut haram ini di Meru dan apakah bentuk tindakan agensi-agensi tersebut?
176) AKUJANJI MENTERI BESAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perincian isi kandungan aku janji tersebut?
-
Bagaimanakah pentadbiran Menteri Besar dapat menunaikan aku janji tersebut?
-
Apakah para EXCO juga terikat dengan aku janji tersebut?
177) PELABUR ASING
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah usaha-usaha kerajaan negeri dalam hal penarikan pelabur asing ke Negeri Selangor?
178) TANAH REZAB
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bilakah agaknya tanah-tanah ini akan diberi milik (TOL) kepada PBT supaya kutipan sewa dan juga lesen dapat dikeluarkan
-
Jika tidak apakah bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik-pemilik yang tidak sah ini?
-
Tidakkah kerajaan bercadang untuk menyediakan penempatan baru yang tersusun dan premis lama yang tidak sah ini dirobohkan?
179) PROGRAM ‘COMMUNITY POLICING’
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan program 'Community Policing' di Negeri Selangor memandangkan kadar jenayah yang kian meningkat ?
180) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian PKNS sepanjang tahun 2008 hingga 2013?
-
Siapakah yang telah mendapat manfaat hasil program dan projek PKNS?
-
Apakah agenda PKNS bagi tahun mendatang?