Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

231) PEMBANGUNAN DAN TANAH RUNTUH DI BUKIT GASING

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor untuk menyuarakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan menjaga kebimbangan dan kepentingan penduduk Bukit Gasing, Petaling Jaya terhadap pemajuan di Kuala Lumpur yang mungkin mengakibatkan tanah runtuh?

    Klik jawapan »

232) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan skim merakyatkan ekonomi yang masih dijalankan bagi tahun 2013?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan skim merakyatkan ekonomi baru yang akan dijalankan bagi tahun 2014?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan peruntukan baru untuk perkara (b)

    Klik jawapan »

233) PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam Program Membasmi Kemiskinan di DUN Teluk Datuk?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah keluarga miskin tegar, OKU atau bujang telah didaftarkan dan diberikan bantuan di DUN Teluk Datuk?

    Klik jawapan »

234) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG AMPANG PECAH (TAMAN DESA BUKIT BUJANG)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Status terkini Projek Pembesaran Kampung Ampang Pecah (Taman Desa Bukit Bujang) dan nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu 96 unit rumah dan infrastruktur yang telah siap 90% supaya ia tidak menjadi satu lagi projek terbengkalai.

    Klik jawapan »

235) PERMOHONAN TOL

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Pejabat Tanah boleh mengeluarkan TOL kepada MBPJ yang telah lama memohon tanah untuk membina tempat letak kereta di kawasan LRT Kelana Jaya dan LRT Taman Bahagia?

    Klik jawapan »

236) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Jumlah tapak pelupusan sampah di Selangor yang berkelulusan dan tidak berkelulusan dan dimanakah lokasinya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah tapak pelupusan sampah tidak berkelulusan yang kian berleluasa dan menyebabkan pelbagai masalah tempatan.

    Klik jawapan »

237) MINYAK MASAK TERPAKAI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah insentif atau galakan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan minyak masak terpakai dapat diguna semula untuk menghasilkan biodiesel daripada ianya diguna semula oleh peniaga tidak bertanggungjawab untuk menghasilkan minyak masak berkualiti rendah?

    Klik jawapan »

238) PROJEK PEMBANGUNAN BERCAMPUR AIR MANIS OLEH PNSB

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan projek tersebut dapat dilaksanakan ?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan secara detail berapakah unit rumah kos rendah (mampu milik) yang akan dibina dalam cadangan projek tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan berapakah jumlah kos projek pembangunan tersebut termasuk kos pembinaan R&R (Rehat Dan Rawat )?

    Klik jawapan »

239) MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf / pembaikan infrastruktur Taman Permainan / Rekreasi mengikut susunan tahun dari 2008 sehingga bulan Mac,2013 dan menyenaraikannya mengikut susunan Daerah Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

240) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah rumah ibadat bukan Islam yang ditolak permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan (rumah ibadat bukan Islam) sejak 2008;

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu pemilik yang telah membina bangunan rumah ibadat bukan Islam di atas tanah kegunaan pertanian.

    Klik jawapan »