Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
181) PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI DI DUN TERATAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik di DUN Teratai dalam tahun 2013-2015?
-
Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri untuk pusat sukan DUN Teratai dalam tahun 2013?
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri dalam perkara (b) dan sila bekalkan jadual pelaksanaan?
182) PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama-nama jalan yang diselenggarakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor di dalam kawasan DUN Batang Kali.
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang digunakan untuk menyelenggarakan lampulampu jalan berkenaan
-
Berapakah kekerapan penyelenggaraan memotong rumput sepanjang jalan dalam jagaan Majlis Daerah Hulu Selangor di dalam DUN Batang Kali bagi tahun 2012 ?
183) USAHA-USAHA PENAMBAHBAIKAN DARI SEGI INFRA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha penambahbaikan dari segi infra dalam tahun 2013-2014 untuk menjadikan DUN Teratai kawasan yang selamat?
-
Berapakah peruntukan tahun 2013 untuk perkara (a)?
184) ALAM SEKITAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah agresif kerajaan untuk melaksanakan transisi penggunaan beg plastik yang berasaskan plastik sukar lupus kepada yang mudah lupus (biodegradable)?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam memastikan program ÔLocal Agenda 21Õ dilaksanakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2008-2013 dan sejauh mana kejayaannya?
185) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri perincian tapak pelupusan sampah, termasuk kapasiti, dan jangkaan hayat.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk tapak baru, atau kaedah alternatif untuk pelupusan sampah?
186) MANIFESTO ANAK KE NURSERI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah status pelaksanaan manifesto ini?
-
Nyatakan jumlah nurseri berdaftar di Selangor dan jumlah anak-anak terbabit sehingga 2013 yang dihantar ke nurseri 2012?
187) PERUNTUKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
188) JABATAN KERJA RAYA SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Apakah cadangan JKR Selangor untuk membantu menjamin keselamatan pengguna jalan raya dari Pekan Rasa keluar ke Jalan Persekutuan 1 Tanjung Malim Ð Rawang?
-
Apakah cadangan JKR Selangor untuk membantu menyelesaikan kesesakan Jalan Persekutuan 1 Tanjung Malim Ð Rawang ke Genting Highland?
189) PEMATUHAN ARAHAN PERBENDAHARAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perolehan dan amaun perolehan yang telah dilaksanakan mengikut PBT dan adakah Pegawai Kewangan Negeri menjalankan penyiasatan dan audit bagi memastikan Arahan Perbendaharaan tersebut dipatuhi sepenuhnya?
190) TAULIAH DARIPADA JAIS
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah tauliah yang telah dikeluarkan JAIS?
-
Senarai nama mereka-mereka yang di tarik tauliah serta alasannya kenapa tauliah di tarik balik?
-
Senaraikan ustaz-ustaz yang bertauliah di seluruh Selangor?