Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
61) PENYELENGGARAAN SUNGAI KAYU ARA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan keseluruhan JPS untuk menyelenggara Sungai Kayu Ara?
-
Senarai kepanjangan tebing sungai dan benteng konkrit yang telah dibina serta lokasi yang telah diperbaiki (sila nyatakan tahun).
62) KEDAI PENIAGA KECIL BANDAR DAN LUAR BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kedai kos rendah luar bandar dan bandar di bawah Pejabat Daerah dan MPK?
-
Adakah perancangan menambah bilangan untuk mengatasi peniaga-peniaga kecil tanpa lesen dirizab kerajaan?
-
Berapakah anggaran kos mewujudkan gerai-gerai berpusat di satu-satu lokasi luar bandar?
63) PERBELANJAAN PERUNTUKKAN MARRIS KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah kilometer (km) jalan-jalan di bawah selenggaraan MBSA yang layak mendapat peruntukkan MARRIS?
-
Berapakah kadar per kilometer peruntukkan disediakan di bawah MARRIS untuk menyelenggarakan jalan?
-
Berapakah jumlah bayaran yang diberi kepada pihak MBSA dan Kerajaan Negeri di bawah peruntukkan MARRIS mengikut tahun, dari tahun 2008- 2012?
64) NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah dasar ini di aplikasi dalam pentadbiran Selangor?
-
Apakah ukuran kejayaan pelaksanaan dasar ini?
65) PERMOHONAN SEKOLAH KEBANGSAAN, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah dan lokasi permohonan pembinaan sekolah baru untuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), yang diterima oleh semua PBT dari tahun 2008 sehingga Mei 2013.
-
Sila nyatakan kedudukan terkini untuk semua permohonan yang diterima dalam masa ini.
66) PROJEK RIVER OF LIFE DI SELURUH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi Projek River of Life di seluruh Negeri Selangor dan apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek yang seharusnya melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini ?
67) WANITA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengoptimumkan tenaga kerja wanita di bandar dan luar bandar tanpa membawa mereka keluar jauh dari keluarga dan tempat tinggal mereka sendiri, dan pada masa yang sama tidak menafikan hak dan tanggungjawab mereka dalam bidang pekerjaan?
-
Apakah program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam tempoh 2008-2013 bagi melahirkan wanita sihat, dan sejauh manakah keberkesanan program tersebut, serta bagaimanakah program tersebut akan dipergiatkan, dan apakah fokus terkini bagi program ini?
68) TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar teknologi hijau Selangor?
-
Bagaimana teknologi ini dapat memajukan sosioekonomi negeri?
69) CURI PASIR
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap pengusaha tapak Ôcuri pasir yang tidak berkelulusan?
70) PROSEDUR PENUKARAN SYARAT TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
-
Apakah tempoh masa yang akan diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah untuk mengeluarkan kelulusannya dengan notis bayaran premium?
-
Setelah premium dibayar, apakah tempoh masa yang akan diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah untuk mengeluarkan hakmilik baru dengan catitan syarat guna tanah yang baru?
-
Adakah tempoh-tempoh masa yang disebut dalam (a) dan (b) di atas boleh dipendekkan jangkamasanya?