Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
1) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian penting Penasihat Ekonomi dalam memajukan negeri setelah 3 tahun pelantikan?
-
Apakah perancangan Penasihat Ekonomi Negeri bagi tahun 2012 untuk meningkatkan ekonomi negeri?
-
Apakah prospek ekonomi negeri Selangor pada tahun 2012 setelah usaha dilakukan Penasihat Ekonomi Negeri tahun lalu?
2) SELANGOR AUTOMOTIVE BELT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan kerajaan bagi kawasan fokus seperti Selangor Automotive Belt supaya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri bagi tahun 2012 ?
3) MASALAH BEKALAN AIR BERSIH
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Adakah benar, terdapat khabar angin mengatakan bahawa rakyat di Negeri Selangor bakal menghadapi masalah bekalan air bersih dalam tempoh terdekat ini?
-
Jika benar terjadinya situasi sebegini, apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah bekalan air bersih tersebut kelak?
-
Dimanakah kawasan-kawasan di Negeri Selangor yang dikenal pasti masih belum menikmati bekalan air bersih (100%) pada masa kini?
4) METER AIR PUKAL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penghuni rumah flet yang masih menggunakan meter pukal di Selangor?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu penghuni flat bertukar dari meter pukal ke meter individu?
-
Berapakah tambahan kewangan untuk program air percuma jika sekiranya semua penghuni bertukar ke meter individu?
5) PUSAT PEMINDAHAN SISA PEPEJAL DI BAWAH WORLDWIDE HOLDING BERHAD
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21 Shah Alam?
-
Berapakah jumlah kos yang ditanggung oleh Worldwide Holding Berhad sepanjang tempoh pusat tersebut tidak beroperasi?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan operasi pusat tersebut dapat berjalan lancar dan terus berdaya saing?
6) GAJI MINIMA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai pekerja di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri menikmati dasar gaji minima yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor ?
-
Berapa syarikat-syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya menjalan polisi gaji minima?
-
Apakah halangan utama untuk kerajaan negeri melaksanakan dasar gaji minima kepada seluruh pekerja di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor?
7) KERAJAAN NEGERI TELAH MELANCARKAN TAHUN MELAWAT SELANGOR DENGAN TEMA SELANGOR SHINE SEBELUM INI
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Apakah Program Selangor Shine berjaya?
-
Berapakah bilangan pelancong yang datang ke Selangor?
-
Adakah pembinaan banyak hotel bajet baru menyumbang program Selangor Shine?
8) PROGRAM PREMIUM RM1,000.00
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah rakyat Selangor yang telah memohon untuk Program Premium RM1,000.00? Berapakah jumlah premium yang telah di terima oleh kerajaan negeri?
-
Sila jelaskan mengikut pecahan kaum.
-
Berapakah nilai premium sebenar tanah-tanah tersebut?
9) PERTANIAN KOMERSIL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk memajukan apa-apa tanaman komersil baru di Selangor?
-
Apakah fokus pertanian Selangor 2012 yang boleh meningkatkan pendapatan petani / pekebun?
10) SIMPANAN TUNAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENINGKAT
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Syabas terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya meningkatkan simpanan kewangan dari RM500 juta (2007) kepada RM 1.9 bilion (Disember 2011). Apakah faktor yang memberi sumbangan ke arah peningkatan simpanan tersebut?
-
Apakah kaedah terbaik untuk menggunakan simpanan ini untuk memberi faedah kepada rakyat?
-
Apakah sektor utama yang diberi perhatian daripada penggunaan simpanan ini?