Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

191) LEBUHRAYA BARU DAMANSARA SHAH ALAM (DASH)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mengkaji kesan pembinaan ini kepada kawasan - kawasan perumahan , pengambilan tanah , perkampungan yang akan terbabit sepanjang laluan ini ?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah Kerajaan Negeri ada kuasa untuk mempengaruhi 'alignment' lebuh raya ini dan pelan pembangunannya ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri setuju dengan pembinaan lebuh raya ini dari segi keperluannya ?

    Klik jawapan »

192) PEMILIHAN AHLI-AHLI MAJLIS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah JP-PBT tidak diberi mandat untuk pemilihan calon-calon Ahli Majlis?

  2. Sila nyatakan secara jelas dan terperinci apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk pemilihan Ahli Majlis.

193) MEMAKSIMAKAN PENDAPATAN KERAJAAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan untuk memaksimakan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai dan urus niaga berkaitan tanah di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pejabat Tanah Galian Selangor (PTGS) ?

    Klik jawapan »

194) PROJEK NAIK TARAF JALAN KLANG LAMA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri apabila projek lewat disiapkan selama 23 bulan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila projek tidak memenuhi kriteria perolehan secara rundingan terus justeru tidak ekonomi?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap kualiti kerja yang tidak memuaskan?

    Klik jawapan »

195) PENARIKAN PORTFOLIO YB DATO’ HASAN ALI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada 18 Januari 2012, Portfolio di bawah DATO' Dr Hasan Ali telah diambil oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor dan YB Dr Ahmad Yunus Khairi. Apakah kesalahan serius yang mewajarkan portfolio EXCO-nya ditarik?

  2. Apakah implikasi dari penarikan ini?

  3. Adakah perubahan yang berlaku ini makin memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?

196) PROGRAM MYSEL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah yang telah menikmati faedah daripada Program MySel yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah yang telah memperolehi sijil kelahiran, Mykad dan taraf kewarganegaraan melalui Program MySel ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka cawangan Perkhidmatan MySel di Seluruh Negeri Selangor pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

197) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan tertentu supaya sektor pekerjaan juga boleh memberi faedah seiring dengan kemasukan pelaburan di negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan Selangor mempunyai peruntukan/bantuan bagi meningkatkan kemahiran para pekerja tempatan di negeri Selangor seiring dengan permintaan sektor perkilangan yang mahukan pekerja berkemahiran.

    Klik jawapan »

198) PUSAT SIBER KAFE

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Pusat Siber Kafe di Negeri Selangor yang beroperasi secara sah mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah perkembangan terkini dengan larangan pemberian lesen Pusat siber Kafe yang baru oleh Semua PBT ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan bilakah garis paduan yang khusus mengenai Pusat Siber Kafe dapat diimplementasikan dan apakah pemantauan yang dijalankan oleh pihak PBT ?

    Klik jawapan »

199) KEHADIRAN MESYUARAT PENUH DAN JAWATANKUASA AHLI MAJLIS MPAJ

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kehadiran semua Ahli Majlis MPAJ dalam mesyuarat penuh dan jawatankuasa yang berkenaan pada tahun 2011

    Klik jawapan »

200) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Masalah rumah terbengkalai di DUN Meru, berapakah projek yang telah di selesaikan setakat ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli dan kontraktor?

    Klik jawapan »