Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

41) TANAH ASRAMA YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor tetap mahu meneruskan projek pembangunan di atas tanah Asrama Tun dr Ismail dan Toh Puan Norashikin. Mengapakah kerajaan negeri tidak prihatin dengan nasib anak-anak penghuni asrama dan bagaimanakah penempatan mereka bagi meneruskan pelajaran?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk pembangunan baru yang akan dibangunkan di atas tanah tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Syarikat manakah yang diberikan projek pembangunan tersebut?

    Klik jawapan »

42) PUSAT KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuka Pusat Kebudayaan Cina dan India, walaupun terdapat banyak permintaan daripada orang ramai?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya Pusat Kebudayaan ini dibuka kelak, apakah masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

  3. Dimanakah lokasi-lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina dan India ini dijangka akan dibuka kelak?

    Klik jawapan »

43) BANTUAN BLUEPRINT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Mengapa mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan jawapan dan kelulusan sedangkan permohonan telah dibuat melalui Pejabat Daerah?

    Klik jawapan »

44) KECURIAN PASIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik kes kecurian pasir di Selangor mengikut Daerah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah insentif yang diperkenalkan membantu mengawal aktiviti kecurian pasir?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah insentif yang telah diberikan dan siapakah penerimanya?

    Klik jawapan »

45) PELAN TINDAKAN PERUMAHAN KOMUNITI (BEKAS SETINGGAN)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah strategi menangani masalah perumahan komuniti bekas setinggan (ruang letak kereta, lif, kebersihan dll) yang tinggal di pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »

46) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOIA)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Dewan Negeri telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOIA) yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengakses maklumat kerajaan. Apakah tindakan kerajaan negeri susulan kelulusan enakmen tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri sudah melantik mereka yang terlibat dalam soal pengurusan maklumat di peringkat jabatan dan PBT?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang akan digunakan untuk pelaksanaan FOIA?

    Klik jawapan »

47) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah keberkesanan peruntukan dari MARRIS yang berjumlah 1juta yang telah digunakan untuk projek kecil(penyelenggaraan dan baik pulih) yang di berikan kepada tiap DUN

    Klik jawapan »

  2. Selain daripada itu adakah kerajaan Selangor mempunyai cadangan menambahkan peruntukan ini pada tahun-tahun hadapan atau mengeluarkan satu peruntukan khas bagi projek selenggara jalan-jalan di kawasan taman perumahan.

48) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan rumah, jenis unit yang dibina oleh kerajaan atau anak syarikat negeri sejak 2008 hingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah rumah yang siap dibina dari projek asal atau projek terbengkalai?

    Klik jawapan »

  3. Apakah peranan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memastikan hasrat kerajaan negeri tercapai?

    Klik jawapan »

49) PERBELANJAAN AM/LUAR JANGKA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap Kumpulan Wang Amanah Belanja Mengejut berbaki RM8.10 juta yang tidak pernah digunakan sejak tahun 2003?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status tiga projek di bawah peruntukan P29 yang prestasi perbelanjaannya adalah tidak memuaskan iaitu antara 20.7% hingga 40.2%?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap laporan bahawa peruntukan di bawah kod 60002 telah disalahgunakan bagi tujuan memperindah kawasan dan membina Medan Ikan Bakar serta Dataran Esplanade?

    Klik jawapan »

50) PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan dalam meningkatkan pencapaian akademik di UNISEL dan KUIS?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah tanggungan perbelanjaan Kerajaan dalam pengurusan dan penyelenggaraan dua IPT tersebut?

    Klik jawapan »