Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

101) HOTEL-HOTEL BAJET BANYAK DIBINA SEMENJAK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGERI SELANGOR DARI 2008

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah sumbangan hotel bajet ini kepada pembangunan sosioekonomi negeri?

  2. Berapakah bilangan hotel-hotel bajet di seluruh Selangor sekarang mengikut PBT / daerah?

  3. Apakah langkah kerajaan untuk mengawal selia operasi hotel-hotel?

102) GEJALA MURTAD

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Di akhir-akhir ini gejala memurtadkan Umat Islam dikatakan bertambah serius di Negeri Selangor. Tetapi melalui kenyataan akhbar YAB pada 22 Februari 2012, beliau ragu tentang wujudnya gerak kerja memurtadkan orang-orang Melayu/Islam di negeri ini. Minta YAB Menteri Besar menjelaskan pandangan serta posisi yang di ambil oleh beliau berhubung dengan isu murtad di Negeri Selangor?

  2. Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, apakah langkah konkrit yang sedang dan akan diambil untuk mencegah gejala murtad yang menjadi kebimbangan Umat Islam di negeri ini?

103) PENDIDIKAN KOMUNITI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan terhadap institusi bukan komersial (non-profit) yang menjalankan pendidikan bahasa ibunda dan pembelajaran sepanjang hayat?

  2. Apakah dasar kerajaan dalam pemberian sumbangan pendidikan komuniti minoriti seperti komuniti Punjabi, komuniti orang asli, komuniti UNHCR Rohinya?

104) DATARAN BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak projek dataran belia yang telah diluluskan dan berapa banyak yang telah disiapkan sehingga Oktober 2012 ?

  2. Berapa banyak peruntukan diperlukan untuk dataran belia Selangor ?

  3. Apakah jenis kemudahan yang disediakan di Dataran Belia Selangor ?

105) MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH IBU TUNGGAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh para ibu tunggal di Negeri Selangor pada hari ini?

  2. Berapa ramaikah para ibu tunggal mengikut komposisi kaum dan apakah sebab-sebab terdapatnya ramai ibu tunggal di Negeri Selangor?

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu ibu tunggal untuk membaiki taraf hidup mereka?

106) JANGKAAN KEUNTUNGAN UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keuntungan yang dijangkakan yang akan diperolehi oleh UNISEL selari dengan peningkatan pengambilan pelajar UNISEL?

  2. Apakah langkah-langkah positif yang diambil bagi menjimatkan perbelanjaan UNISEL?

107) DASAR ‘NEGERI BERKEBAJIKAN’

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah dasar ini tidak dinikmati seluruh rakyat misalnya tiada air percuma untuk pengguna meter pukal?

  2. Apakah KPI atau kayu ukur pelaksanaan dasar ini di Selangor?

  3. Bagaimana kerajaan mengimbangi dasar-dasar ÒpembangunanÓ sosioekonomi dengan ÒberkebajikanÓ?

108) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam?

109) KEDUDUKAN PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah kedudukan Penasihat Ekonomi Negeri dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri?

  2. Apakah Penasihat Ekonomi Negeri mempunyai kuasa eksekutif?

  3. Apakah YAB Dato Menteri Besar dan Barisan EXCO tidak dapat mengurus negeri sehingga memerlukan seorang penasihat?

110) PROGRAM MAMMOGRAM DAN PAP SMEAR DI DUN HULU KELANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab khidmat mammogram dan pap smear percuma bagi wanita diberhentikan?

  2. Sejauh manakah pelaksanaan program ini mencapai sasaran sejuta wanita sihat di seluruh negeri Selangor?

  3. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi melaksanakan program mammogram dan pap smear?