Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

111) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini perlaksanaan Projek Rumah Milik di Negeri Selangor ?

  2. Sila nyatakan berapakah perbezaan kos pembinaan bagi setiap unit Rumah Mampu Milik di Bandar dan di desa serta berapakah jumlah subsidi yang ditanggung oleh pihak Kerajaan ?

  3. Sila senaraikan jumlah bilangan dan lokasi perancangan pembinaan Rumah Mampu milik oleh Kerajaan Negeri dan pihak swasta di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

112) PERMOHONAN MEMBINA KOLUMBARIUM DI PETALING JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Persatuan Perkuburan Cina Petaling Jaya telah mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk membina kolumbarium di sebidang tanah berdekatan dengan tapak mereka untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah perkuburan di Petaling Jaya. Apakah perkembangan terkini memandangkan perkara ini telah dikemukakan oleh pemohon sejak lebih setahun yang lalu.

  2. Persatuan juga telah menulis kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjelaskan objektif permohonan mereka pada 27 September 2012. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh MBPJ?

113) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapa juta geran MARRIS yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2007 (mengikut tahun)?

  2. Berapakah juta geran MARRIS yang disalurkan kepada PBT dan bagaimanakah baki geran tersebut digunakan oleh Kerajaan Negeri?

114) BALAI RAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Setelah hampir lima tahun memerintah, balai-balai raya yang diambil alih oleh kerajaan negeri dilihat terus terabai dan tidak digunakan untuk tujuan kemasyarakatan. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini?

  2. Apakah tindakan kerajaan untuk membaik pulih dan membuka semula balai-balai raya tersebut untuk umum?

  3. Berapakah kos diperlukan jika semua balai-balai raya yang terabai mahu dipulihkan khasnya di DUN Sungai Air Tawar?

115) PERTANIAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan kawasan kebun kecil kelapa yang terdapat di Negeri Selangor?

  2. Berapakah jumlah keluasan kebun-kebun kelapa yang telah di tanam semula dengan tanaman kelapa di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2011?

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meningkatkan pendapatan pekebun-pekebun kecil.

116) MENAIK TARAF JALAN BANTING KE KG SERI JUGRA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Adakah benar melalui sumber Kementerian Kerja Raya Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk menaik taraf Jalan Banting ke Kg Seri Jugra, Banting Dun Morib, Kuala Langat.?

  2. Kalau ya! Mengapa berlaku kelewatan perlaksanaan projek berkenaan .?

  3. Bilakah projek berkenaan dapat dilaksanakan ?

117) SYARIKAT TELCO

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Ôbase stationÕ syarikat-syarikat telco di Selangor. Apakah bayaran yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat ini. Senaraikan jumlah mengikut syarikat telco dan bayaran yang dibuat kepada kerajaan negeri.

118) PEMBERIAN AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah sesetengah rakyat Selangor yang masih gagal mendapatkan air percuma?

119) PEMBANGUNAN TANAH DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan pusat/persekutuan melaksanakan pelbagai projek pembangunan dalam negeri Selangor. Apa kuasa yang ada pada kerajaan Negeri Selangor terhadap penggunaan tanah tersebut

  2. Sekiranya pembangunan ini menimbulkan kesesakan jalan raya, apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadapnya

120) LITTLE INDIA DI JALAN TENGKU KELANA, KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Little India, Jalan Tengku Kelana sebagai suatu Pusat Pelancongan?

  2. Mengapakah sehingga ke hari ini Pintu Gerbang untuk menyambut para pengunjung masih belum dibina di Jalan Tengku Kelana, Klang?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka dan menggalakkan lebih banyak lagi pusat beli belah seperti Little India di tempat-tempat lain selain dari Klang?