Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

141) PROGRAM MIMBAR DI DUN HULU KELANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebab-sebabnya temuduga dan kelulusan permohonan MiMBAR diberhentikan?

  2. Apakah pemberhentian ini menunjukkan bahawa program MiMBAR telah gagal?

  3. Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi melaksanakan program MiMBAR di seluruh Selangor dan di DUN Hulu Kelang?

142) PUSAT HIBURAN LUAR BANDAR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Lambakan pusat-pusat hiburan seperti rumah urut dan lain-lain sama ada beroperasi secara haram atau tidak telah menular ke kawasan-kawasan luar bandar khasnya di daerah Sabak Bernam. Apakah tindakan proaktif kerajaan negeri dalam menangani masalah ini?

  2. Apakah peranan PBT dalam membanteras mengawal pusat hiburan berdaftar dan pusat hiburan haram?

  3. Agensi manakah yang sepatutnya mengetuai operasi penguatkuasaan atau pemantauan dan agensi lain manakah yang sewajarnya terbabit?

143) BEKALAN AIR TIDAK MENCUKUPI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Didapati Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dapat meluluskan projek kilang, perumahan dan pusat komersil baru kerana kekurangan bekalan air. Sejauh mana kebenarannya dan apakah senarai projek-projek yang terjejas?

  2. Berapakah kemampuan penuh pengeluaran air terawat semasa berbanding dengan permintaan semasa dan prospek permintaan projek-projek baru?

  3. Apakah langkah segera kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

144) AHLI MAJLIS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri melantik dari kalangan kuota parti dan NGO untuk menjadi Ahli Majlis di PBT. Bagaimana kaedah untuk memastikan tiada salah laku kuasa di kalangan Ahli- Ahli Majlis tersebut.

  2. Bagaimana prestasi Ahli-Ahli Majlis dinilai diukur dan diiktiraf.

145) PROJEK KONDOMINIUM DI BATU CAVES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Siapakah yang bertanggungjawab dalam meluluskan sebuah Projek Kondominium Mewah berdekatan dengan Batu Caves?

  2. Mengapakah kerajaan Negeri tidak memberhentikan sama-sekali projek Kondominium berdekatan dengan Batu Caves?

  3. Mengapakah sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri tidak menggezetkan seluruh kawasan-kawasan berdekatan Batu Caves sebagai kawasan rezab tempat beribadat hindu?

146) PREMIUM TANAH RM1000

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah ramai penduduk memohon premium tanah RM1000 di seluruh Selangor?

  2. Secara percentage berapakah ramai telah membaharui premium tanah dengan menerima skim ini?

147) PROGRAM RANGSANGAN KERJAYA SISWAZAH SSELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah siswazah yang telah mendapat pekerjaan melalui Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor?

  2. Adakah kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menambahbaikkan dan meneruskan program ini?

  3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan rancangan ini?

148) GERAI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (P.L.B)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan akan bertindak supaya gerai-gerai ini betul-betul diurus sewa oleh PBT/Pejabat Daerah bukannya individu (sedangkan ini gerai kerajaan)

  2. Terdapat juga bukan warganegara yang berniaga. Bagaimana perkara ini terjadi.

149) HOTEL BAJET DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilangan hotel-hotel bajet mengikut daerah?

  2. Nyatakan tindakan yang diambil untuk menyekat gejala maksiat yang berlaku di hotel-hotel bajet tersebut?

  3. Setakat mana penglibatan dan kejayaan JAIS dalam membenteras gejala maksiat di hotel-hotel bajet tersebut?

150) KECICIRAN NAMA PENDUDUK BUKIT BOTAK DALAM AGIHAN RUMAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Selepas pentadbiran Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, YAB Menteri Besar pernah menjanjikan bahawa 1,446 keluarga yang tinggal di Bukit Botak akan mendapat rumah yang bakal dibangunkan ketika itu. Tetapi hari ini, terdapat beberapa keluarga yang tidak puas hati kerana mereka tidak ditawarkan rumah sebagaimana yang dijanjikan, sungguhpun nama mereka telah pun didaftar dalam bancian yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak sebelum ini. Mereka juga menolak tawaran harga pampasan kerana didapati terlalu rendah. Apakah jaminan yang boleh diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan kesemua 1,446 keluarga di Bukit Botak mendapat rumah yang telah dijanjikan kepada mereka?

  2. Apakah rasional bagi Kerajaan Negeri Selangor menilai pampasan tanah di Bukit Botak pada kadar RM6.00 sekaki persegi berbanding yang ditawarkan oleh pihak PKNS ketika itu pada kadar RM25.00 sekaki persegi?

  3. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan penurunan harga kos rumah bagi membolehkan keupayaan penduduk membeli (affordability), lebih-lebih lagi ramai di kalangan penduduk di sini sudahpun lanjut usia serta mereka daripada golongan berpendapatan rendah dan sukar untuk mendapat pinjaman bank?