Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

201) AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Pemberian air percuma 20 meter padu telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor - Kenapakah masih ramai pemilik serta penghuni kondominium/pangsapuri yang menggunakan meter pukal masih belum menerima ÒSistem KuponÓ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

202) PROGRAM MARRIS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan di bawah Program MARRIS pada tahun ini?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Program MARRIS?

  3. Bagaimanakah Kerajaan Negeri Selangor memastikan bahawa projek-projek di bawah Program MARRIS dapat dilaksanakan dengan efektif dan bermutu?

203) PENUKARAN METER PUKAL KEPADA METER INDIVIDU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang telah ditukarkan daripada meter pukal kepada meter individu mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2012.

  2. Senaraikan pangsapuri-pangsapuri yang belum ditukarkan daripada meter pukal kepada meter individu mengikut pecahan PBT dan apakah faktor yang menyebabkan penukaran meter pukal kepada meter individu tidak dilaksanakan untuk pangsapuri tersebut?

204) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan efektif dan apakah bentuk kerjasama yang dijalin dengan Kerajaan Persekutuan?

205) PENGAMBILAN HUTANG PEMBELIAN RUMAH PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah sebenar hutang yang ditanggung oleh pembeli-pembeli rumah PKNS.

  2. Berapa ramaikah pembeli-pembeli yang terlibat?

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk melupuskan hutang-hutang ini atau memberikan subsidi atau pengurangan harga terhadap hutang-hutang berkenaan?

206) BANJIR DI JALAN 16, TAMAN RAKAN, CHERAS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Jalan 16, Taman Rakan, Cheras kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat turun dan melibatkan penduduk di kawasan tersebut. Apakah usaha pihak PBT dan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

  2. Apakah punca sebenar yang menyebabkan banjir yang kerap berlaku di kawasan tersebut?

207) PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG TELUS SERTA ADIL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Banyak isu-isu sensasi tentang Kerajaan Negeri telah wujud masa kini dan mengganggu kehidupan masyarakat. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri menangani isu sebegini dari berleluasa?

    Klik jawapan »

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri telah berjaya menyalurkan maklumat secara telus lagi terbuka?

208) LAPORAN KERUGIAN UNISEL OLEH KETUA AUDIT NEGARA 2012

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Pihak pembangkang mendakwa kononnya UNISEL mengalami kerugian sejak kerajaan negeri PR mengambil alih dan ini kata mereka terbukti dengan laporan Ketua Audit Negara 2011. Sila beri penjelasan mengenai isu ini.

    Klik jawapan »

209) PERUMAHAN MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian kerajaan dalam pembinaan perumahan mampu milik?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pencapaian skim tersebut oleh sektor swasta?

    Klik jawapan »

210) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Bagaimana PBT memastikan kutipan sampah mengikut jadual sampah? Apa tindakan ke atas kontraktor sampah yang gagal melaksanakan kerja? Senaraikan kontraktor yang mendapat kontrak mengikut PBT.

    Klik jawapan »