Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

231) PROJEK MEMPERINDAHKAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah kedudukan projek menperindahkan Sungai Klang yang telah lama dilancarkan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor didalam menjalankan projek memperindahkan Sungai Klang ini?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah projek memperindahkan Sungai Klang ini dijangka siap sepenuhnya?

    Klik jawapan »

232) HAK MILIK TAPAK PARKING HATTA SQUARE, PANDAN MEWAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Siapakah hak milik tapak tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Tapak tersebut telah disewa untuk tujuan stor, sama ada pihak tersebut memohon kebenaran daripada MPAJ? Berapakah MPAJ mengenakan caj atas tapak tersebut?

    Klik jawapan »

233) UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini UNISEL telah muncul menjadi bahan perbincangan di kalangan rakyat Negeri Selangor. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.63 juta pada 2010. Nyatakan sebab-sebab yang menjadikan UNISEL mencatatkan kerugian seperti di atas?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang sedang diambil untuk menyelamatkan UNISEL daripada mengalami kerugian?

    Klik jawapan »

  3. Apakah isu kerugian ini telah menjejaskan kemasukan pelajar-pelajar ke UNISEL?

    Klik jawapan »

234) FILEM HAK ASASI DAN PUSAT KOMAS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan negeri terhadap aktiviti NGO dalam penghasilan filem dokumentari hak asasi manusia?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah sumbangan kepada Pusat KOMAS dan adakah memadai dan selaras dengan dasar di atas?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah filem dokumentari ÒDemokrasi: Siapa Boss?Ó dimanfaatkan dalam konteks pendemokrasian?

    Klik jawapan »

235) PRESTASI UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah yang dihadapi oleh Unisel?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasinya?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah prestasi Unisel pada keseluruhannya?

    Klik jawapan »

236) ASET BALKIS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan aset yang didaftarkan di bawah nama BALKIS, tetapi milik Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan jumlah aset BALKIS yang telah dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan badan/jabatan manakah yang mengambil alih pengurusan BALKIS bagi menjamin ketelusan dalam segi pentadbiran aset dan aktiviti badan tersebut.

    Klik jawapan »

237) BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan dalam mengatasi banjir?

    Klik jawapan »

  2. Apakah rancangan pemeliharaan dan mitigasi banjir di Hulu Sg Jeloh, kajang?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah kerugian kapita akibat banjir di seluruh Negeri Selangor dalam tahun 2011

    Klik jawapan »

238) PROJEK MENAIKKAN TARAF PENGAIRAN PERTANIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Projek mendalamkan Sungai Tengi dan penyelenggaraan Terusan Ban Canal yang merupakan projek penting bagi menaikkan taraf pengairan pertanian di Negeri Selangor. Mengapakah Kerajaan Negeri menghalang pelaksanaan projek pengairan di kawasan jelapang padi tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Tidakkah ini akan menyebabkan 1,800 petani dijangka berhadapan dengan krisis tanaman pada masa hadapan?

    Klik jawapan »

239) SISA PEPEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dasar tender terbuka yang diambil oleh Kerajaan khusus berhubung sisa pepejal tidak melibatkan Ahli Majlis. Kenapa peranan Ahli Majlis di nafikan

    Klik jawapan »

  2. Terdapat kontraktor yang dipilih telah TIDAK menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan. Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kontraktor- kontraktor tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menyenaraihitamkan Kontraktor-kontraktor terbabit.

    Klik jawapan »

240) AUDIT KEWANGAN 2011

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah kaedah kewangan yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peratuskah peningkatan simpanan kewangan negeri berbanding dengan sebelum kerajaan Pakatan memerintah?

    Klik jawapan »

  3. Sektor manakah yang terbaik dalam mengendalikan kewangan di bawah kerajaan negeri?

    Klik jawapan »