Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

41) GRADUAN SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri melalui Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS saban tahun mengeluarkan lulusan dan graduan. Berapakah jumlah lulusan di ketiga-tiga institusi tersebut dan bidang mereka?

  2. Berapakah jumlah pelajar yang berjaya mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian?

  3. Berapakah jumlah pelajar yang melanjutkan pelajar ke tahap yang lebih tinggi lagi?

42) PENGAMBILALIHAN HUTANG PEMBELIAN RUMAH PKNS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Terdapat tuntutan rakyat yang kurang berkemampuan agar PKNS mengambil alih hutang mereka untuk meringankan beban pemilikan rumah sepertimana pengambilalihan hutang Talam oleh kerajaan negeri. Apakah rasional PKNS mengambilalih pemilikan rumah mereka yang terbabit bukan hutang mereka?

  2. Mengapakah PKNS tidak bersedia mengambilalih hutang tersebut sebagai sebahagian tanggungjawab sosialnya?

  3. Adakah polisi untuk menyediakan rumah mampu milik PKNS?

43) PENGURANGAN KADAR CUKAI PINTU 25% UNTUK PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah unit rumah pangsapuri kos rendah yang mendapat penurunan kadar cukai pintu sebanyak 25% mengikut pecahan PBT?

  2. Berapakah jumlah nilai kewangan untuk pangsapuri kos rendah yang menikmati pengurangan kadar cukai pintu 25% mengikut pecahan PBT dan apakah sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai pengurangan kadar cukai pintu pangsapuri kos rendah ini?

  3. Senaraikan pangsapuri kos rendah yang gagal membentuk Jawatankuasa Pengurusan untuk pangsapuri kos rendah dalam kawasan MPS dan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pangsapuri yang gagal membentuk Jawatankuasa Pengurusan walaupun telah banyak kali mencuba kerana kegagalan penghuni untuk membayar yuran pengurusan.

44) TANAH RIZAB RUMAH-RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah menetapkan untuk tidak memberi hakmilik tanah kepada rumahrumah ibadat selain Islam sejak 2008. Sebaliknya, kerajaan akan membuat perwartaan tanah (gazzette) terhadap sesuatu tanah itu sebagai tanah rizab rumah ibadat selain Islam. Berapa banyak tanah yang telah diwartakan di bawah dasar ini bermula tahun 2008 sehingga sekarang?

  2. Terdapat ura-ura bahawa tanah yang diwartakan ini akan dinyahwarta (degazzette) dan kerajaan akan merampas tanah ini. Apakah proses dan prosedur untuk penyahwartaan?

45) PERLESENAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sepanjang P.R memerintah, berapakah jumlah rumah urut baru, pusat hiburan dan Hotel Budget yang telah diberi lesen. Huraikan mengikut PBT

46) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah status perlaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat yang telah diluluskan? Sila berikan butir-butir dan langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri sejak kelulusan Enakmen ini.

  2. Bilakah Enakmen ini akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

47) CUTI BERSALIN & KEMATIAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada melaksanakan cuti bersalin 90 hari, 15 hari untuk suami dan sebulan untuk kematian suami berdasarkan manifesto Pakatan. Apakah status pelaksanaannya?

  2. Nyatakan jumlah mereka yang telah menikmati cuti-cuti berkenaan?

  3. Apakah manfaat yang dapat dilihat hasil pelaksanaannya?

48) PENDIDIKAN RENDAH ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah enrolmen pelajar di Sekolah Rendah Agama dan KAFA berbanding enrolmen di Sekolah Kebangsaan untuk 2011 dan 2012?

  2. Apakah langkah untuk memastikan keberkesanan penghayatan pelajar terhadap amal Islami?

  3. Bagaimanakah masa hadapan sekolah rendah agama jika sistem satu sesi persekolahan dilaksanakan?

49) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Apakah kemajuan yang telah di capai oleh projek perumahan berkenaan sehingga kini?

  2. Bilakah pembeli-pembeli taman perumahan berkenaan akan dapat menduduki rumah mereka?

50) KOS PEMBERIAN HAMPER

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemberian hamper Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali bagi tahun 2012

  2. Siapakah pembekal hamper-hamper ini dan bagaimanakah pembekal dipilih?