Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

51) KOMPLEKS SUKAN PKNS KELANA JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Telah didapati wujud percanggahan antara Rancangan Tempatan Petaling Jaya yang sebenar dengan versi yang digunakan oleh PKNS untuk Pembangunan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya. Apakah hasil siasatan yang dilakukan oleh MBPJ terhadap kewujudan percanggahan tersebut?

  2. Apakah status projek ini di Lembaga Rayuan?

52) PASUKAN TASK FORCE MPK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Pasukan Task Force pemantauan MPK tidak beroperasi sepenuhnya bagi memantau kerja-kerja pembuangan sampah, pembersihan longkang dan pemotongan rumput di Meru. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak MPK untuk mengatasinya?

  2. Adakah kontraktor-kontraktor dilantik dibayar kos mereka walaupun tidak beroperasi dengan baik?

53) JURUPERUNDING DAN PROGRAM PEMBERDAYAAN WANITA (PWB)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan firma-firma juru perunding yang telah dilantik untuk melaksanakan program ini.

  2. Apakah rasional dan track record firma-firma juru perunding yang dilantik?

  3. Berapakah yuran perundingan yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada firmafirma juru perunding yang dilantik?

54) PROJEK AIR LANGAT 2

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan projek ini?

  2. Bilakah arahan pembangunan boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?

  3. Adakah kerajaan negeri menetapkan tempoh masa tertentu untuk penyelesaian penangguhan ini dan apakah alasan penangguhan projek ini?

55) MUZIUM NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Bangunan dan kemudahan muzium dilihat uzur berbanding perpustakaan baru Raja Tun Uda. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf muzium negeri dan cawangan lain.

  2. Apakah hala tuju dan inisiatif meningkatkan martabat muzium negeri di abad baru ini

56) PERTUKARAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Pegawai Kewangan Negeri Selangor telah diarah bertukar ke salah sebuah kementerian di Putrajaya dengan diberi kenaikan pangkat. Pertukaran berkuatkuasa pada 15 Oktober 2012. Pegawai berkenaan enggan melaksanakan arahan pertukaran itu. Pejabat Menteri Besar pula mengemukakan rayuan demi rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan menteri yang bertanggungjawab. Mengapa pegawai berkenaan enggan mematuhi arahan pertukaran walaupun atas dasar kenaikan pangkat?

  2. Apakah implikasi keengganan beliau mematuhi arahan pertukaran terhadap peluang kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan di negeri ini?

  3. Tidakkah tindakan pegawai kanan tersebut meninggalkan contoh yang tidak baik kepada anggota perkhidmatan awam di negeri ini?

57) HUTAN SIMPANAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Senarai jumlah kawasan hutan simpanan yang telah berjaya di pulihara selepas 2008.

  2. Apakah masalah yang dihadapi dalam pemuliharaan hutan simpanan paya gambut Raja Musa?

  3. Apakah masalah yang dihadapi dalam pemuliharaan hutan paya bakau?

58) GLC

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah keseluruhan syarikat GLC kerajaan Selangor setakat ini?

  2. Senaraikan semua GLC Selangor yang mendapat keuntungan dan senaraikan semua GLC Selangor yang mengalami kerugian.

  3. Apakah punca-punca kerugian yang dialami oleh GLC berkenaan?

59) MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PARA PENTERNAK LEMBU DAN KAMBING DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak lembu dan kambing di Negeri Selangor?

  2. Berapa jumlah para penternak mengikut komposisi kaum yang telah menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu dan mengatasi masalah-masalah mereka?

60) PROGRAM MERAWAT AIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk melaksanakan program merawat air dengan menggunakan teknologi penapisan air membran dan adakah teknologi ini cost effective berdasarkan jumlah permintaan air yang dirawat bagi sesuatu tempoh?