Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

81) TANAH YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Mahkamah memutuskan bahawa tindakan kerajaan negeri melucutkan tanah milik YBK di Serendah dan memulangkan bayaran cukai sebagai tidak sah dan terbatal. Apakah kerajaan negeri tidak mendapat nasihat perundangan ketika melakukan tindakan perlucutan dan pemulangan cukai terdahulu?

  2. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mempertimbangkan projek UiTM di Serendah?

  3. Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin melalui NGO- NGO?

82) PREMIS MPK DIJADIKAN PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah rumah di perumahan awam dijadikan premis perniagaan terutama warga asing di kawasan Dun Meru?

  2. Senaraikan semua rumah yang dijadikan premis perniagaan tersebut?

  3. Apakah tindakan yang dilakukan oleh MPK berpandukan akta dan undang- undang sedia ada. Berapa keskah yang dibawa ke pengadilan atau mahkamah?

83) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sejak Mac 2008 sehingga kini, berapakah kos rumah mampu milik yang telah dibina di Negeri Selangor?

  2. Sila senaraikan lokasi-lokasi rumah mampu milik yang telah dibina.

84) AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah pelaksanaannya

85) TENDER TERBUKA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Meminta kerajaan membuat jangkaan terhadap berapa banyak wang pembayar cukai yang berjaya dijimatkan melalui pelaksanaan tender terbuka untuk semua kerja-kerja perolehan dan pembangunan kerajaan negeri Selangor

  2. Adakah kerajaan masih mengamalkan sistem tender tertutup dan tender rundingan terus dan apakah syarat-syaratnya?

86) PERBELANJAAN AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah elaun, peruntukan pecahan perbelanjaan dan jumlah diberi untuk setiap Ahli Majlis?

  2. Bagaimanakah prestasi Ahli Majlis diukur berdasarkan peruntukan diberi?

  3. Nyatakan jumlah peruntukan dibelanja Ahli ÐMajlis mengikut PBT dari 2008 hingga 2012?

87) INDUSTRI KAMPUNG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Pengumpulan hasil industri di Sepang telah tidak beroperasi. Mengapakah pusat pengumpulan yang dianggap baik boleh terpaksa ditutup?

  2. Apakah usaha yang dibuat Kerajaan Negeri dalam membantu penguhsaha IKS Sepang?

88) MASJID BARU KG SUNGAI BUAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. anah tapak cadangan Masjid Baru Kg Sungai Buaya telah lama di wartakan dan telah di minit dalam Mesyuarat Tindakan Daerah semasa Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional. Malangnya Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri masih gagal membina masjid baru sehingga hari ini dan tiada tindakan kerajaan negeri dalam mempercepatkan pembinaan masjid tersebut kecuali hanya membaik pulih masjid lama itu pun dimaklumkan di bawah peruntukkan Lembaga Zakat. Bilakah bangunan Masjid Kg Sg Buaya akan diluluskan dan dibina?

  2. Mengapakah kelewatan ini berlaku?

89) GELANGGANG SUKAN UNTUK OKU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan negeri terhadap kemudahan sukan dan rekreasi bagi OKU di negeri Selangor?

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi ini?

  3. Jika ada, berapakah peruntukan dan di lokasi manakah kemudahan ini akan dibangunkan?

90) DENGGI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah peratusan/ jumlah wabak denggi mengikut daerah

  2. Apakah usaha Jabatan Kesihatan dalam memastikan wabak denggi dapat dikurangkan dari masa ke masa ?