Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
1) TANAH-TANAH KERAJAAN YANG TIDAK DIBANGUNKAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah kerajaan yang belum dibangunkan di Dun Meru.
-
Apakah perancangan kerajaan untuk membangunkan tanah tersebut?
-
Senaraikan tanah milik kerajaan yang didirikan KEMAS dan Bilik Gerakan UMNO di Dun Meru?
2) PUSAT HIBURAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah Pusat hiburan sah dan haram yang beroperasi di setiap PBT?
-
Sila nyatakan dengan detail kenapa masih terdapat banyak aduan yang mengatakan bahawa Pusat Hiburan haram wujud Bagaikan Cendawan Tumbuh Selepas hujan?
-
Sila nyatakan bagaimana pihak PBT mempergiatkan penguatkuasaan dan memantau aktiviti Pusat Hiburan Haram supaya ianya tidak memudaratkan masyarakat setempat?
3) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan perbelanjaan bagi program-program dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor berkaitan SMUE, TAWAS, Hadiah masuk Universiti/Kolej, dll, termasuk kos pengurusan.
4) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan Negeri bersedia menambah peruntukkan kepada sekolah agama rakyat Selangor?
-
Berapakah peruntukkan disediakan selama ini?
-
Berapakah permohonan mendirikan sekolah agama diterima sejak 2008?
5) MANIFESTO PREMIS PERNIAGAAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah premis perniagaan yang telah dibina dari 2008 hingga 2012 dengan pecahan mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah usahawan yang mendapat manfaat dari penyediaan premis berkenaan?
-
Apakah bentuk insentif bagi mereka yang menggunakan premis tersebut?
6) MANIFESTO PERUBATAN WARGA EMAS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan warga 65 tahun ke atas di Selangor dari 2008 - 2012?
-
Apakah skim atau program yang telah diwujudkan untuk tujuan tersebut?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dibelanjakan untuk maksud tersebut?
7) JANJI MANIFESTO
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Bertulis
-
Pakatan Selangor mengemukakan Manifesto ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang meliputi: urustadbir berwibawa Ð enam perkara, sosial dan kebajikan rakyat Ð 12 perkara, kesihatan rakyat - empat perkara, ekonomi rakyat Ð enam perkara dan keselamatan rakyat Ð tiga perkara. Apakah status pelaksanaan setiap perkara dalam manifesto tersebut?
-
Berapakah kos yang dikeluarkan sejak 2008 hingga kini bagi melaksanakan perkara-perkara dalam manifesto tersebut?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk menggugurkan mana-mana perkara dalam manifesto yang masih belum dilaksanakan?
8) PROGRAM WIFI PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi-lokasi WiFi percuma menurut DUN.
-
Apakah tahap keberkesanan khidmat capaian WiFi percuma ini?
-
Berapakah yang telah dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini menurut DUN?
9) PELABURAN BERKAITAN DENGAN INDUSTRI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan mempunyai dasar-dasar yang direka khusus untuk menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam industri yang berasaskan teknologi hijau dari dalam dan luar negara? Jika tidak. Mengapa?
-
Berapa ramai pelabur yang telah melabur di Selangor sejak tahun 2008 dalam bidang yang berasaskan teknologi hijau?
10) PPR LEMBAH SUBANG 2, ARA DAMANSARA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
PPR Lembah Subang 2,Ara Damansara sudah lama dibina atas tempat pembuangan sampahan dan masih belum didiami. Adakah tempat itu selamat untuk didiami